PANAS

7 Tips Elak Mengantuk Semasa Memandu

Memandu kereta sendiri adalah menjadi pilihan utama ramai orang untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju. Ini kerana ia lebih selesa, kebebasan begrak, mudah untuk membawa bagasi.

Ramadhan dan syawal bakal tiba pasti ramai sudah merancang perjalan untuk pulang kekampung. Kebanyakan perjalanan mengambil masa yang lama untuk sampai kedestinasi yang dituju. Mengantuk adalah salah satu simpton yang sering dihadapi bagi pemandu kenderaan dalam perjalanan yang jauh. Tips untuk mengelak mengantuk semasa memandu.

1. Rancang perjalanan anda

Pilih waktu yg sedikit sejuk seperti selepas subuh. Suasana pagi yang sejuk dan daun menghijau disepanjang perjalanan baik untuk kesegaran mata. Matahari yang terik menyebabkan mata menjadi letih dan menjadikan kita lebih cepat mengantuk.

2. Rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduan

Jangan terburu-buru untuk pulang ke kampung. Ambil cuti lebih awal untuk merehatkan diri sebelum memulakan perjalanan agar badan terasa segar.

3034375-poster-p-3-the-new-habit-challenge-drink-your-coffee-when-science-tel

3. Mengambil minuman isotonic atau kafein 

Diakui badan akan terasa letih dan mata  mula mengantuk apabila bendalir dalam badan berkurang. Air isotonic mampu mengembalikan electrolyte dalam badan. Kafein pula akan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Namun begitu, kedua-dua minuman ini tidak bagus untuk diamalkan selalu.

4.  Ajak Teman Bersembang

Dengan bersembang menjadikan otak kita sentiasa aktif. Otak yang pasif mengundang rasa mengantuk. Sekiranya tiada teman untuk bersembang, buka radio dan anda dibenarkan menyumbangkan mana-mana lagu tanpa segan silu.

5. Makan pisang daan kurma

PISANG dan KURMA? Pisang merupakan makanan yang tinggi  kandungan potassium di mana ia mampu memberi tenaga dan kurma seperti yang kita sedia maklum, ia merupan sumber tenaga segera yang sangat bagus untuk tubuh kita. Sekiranya bertolak selepas subuh, elok benar mengambil pisang dan kurma semasa sahur.

6. Lakukan Sebarang Pergerakan Atau Aktiviti 

Anda boleh cubit pipi, peha, pinggang anda jika mengantuk. Anda juga boleh melakukan tapping atas ubun-ubun antara aktiviti yang mampu menyegarkan kembali. Selain itu, pernah juga saya dengar aktiviti KOREK HIDUNG mampu menghilangkan rasa mengantuk.So, jika Nampak orang memandu sambil korek hidung, positif sahaja ye. Tapi jangan lakukan di siang hari semasa ramadhan  pula.

mengatasi-wajah-berminyak

7. Basuh Muka Dengan Air Sejuk

Standby sebotol air sejuk atau ais untuk dijadikan penyegar. Seperti yang biasa saya lakukan, sebotol air mineral dibekukan menjadi peneman. Sekiranya mengantuk, genggam botol ais dapat membangunkan saraf-saraf. Kalau mengantuk juga, basuh muka dengan air sejuk. Bagi yang beragama islam, berwuduk antara tips terbaik.

The post 7 Tips Elak Mengantuk Semasa Memandu appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close