Malam merupakan waktu untuk kita berehat tapi batuk yang terus-menerus pastinya akan mengganggu waktu tidur.
Malah batuk yang menjadi-jadi pada malam ini juga seringkali menyebabkan stres kerana sukar tidur sedangkan tubuh penat dan mata mengantuk.
Selain itu juga, batuk yang kuat dan berterusan ini juga boleh menggangu pasangan dan anak-anak lain yang sedang tidur. Jadi sebelum memberi masalah lebih besar sebaiknya anda mengambil langkah menanganinya.
Akan tetapi sebelum pergi kepada cara untuk mengatasinya, kita fahami dulu mengapa batuk jadi lebih teruk pada waktu malam? Ia berlaku kerana pada waktu malam cairan dari hidung dan sinus (rongga-rongga pada tengkorak manusia di kawasan pipi,dahi dan sekitar hidung ) turun ke tekak.
Cairan tersebut menyebabkan rasa tidak selesa pada tekak dan menyebabkan batuk. Bagi menghentikan penyeksaan batuk malam ini anda boleh melakukan cara berikut.
1. Minum teh herba dengan madu
Sebelum tidur minum secawan teh tanpa kafein dicampur madu. Dikatakan teh panas ini berupaya memecah lendir di saluran pernafasan dan madu pula membantu sistem pertahanan tubuh.
2. Ubah gaya tidur
Tidur dengan meletakkan beberapa biji bantal di bahagian kepala dan belakang badan, paling kurang empat inci tinggi. Cara ini lendir tidak berkumpul di bahagian tekak dan boleh mengurangkan masalah batuk.
3. Jaga kelembapan bilik
Alat seperti Humidifier akan meringankan batuk jika udara terlalu kering. Tapi suasana bilik yang terlalu lembap juga boleh mencetuskan batuk. Tungau debu dan kulat merupakan alergen yang suka pada keadaan ini dan menjadi penyebab alahan batuk.
4. Letakkan kelengkapan dalam bilik
Sediakan segelas air dan ubat batuk di dalam bilik atau tempat berdekatan supaya mudah diambil kita batuk menjadi-jadi. Semakin cepat anda dapat menghentikan batuk, semakin baik.
5. Pastikan selimut dan cadar bersih
Hama atau kutu halus yang memakan serpihan kulit mati dan juga debu adalah pencetus alahan. Untuk menyingkirkannya cuci cadar dan selimut setiap minggu.
6. Ambil ubat
Jika batuk tidak serius anda boleh membelinya di farmasi. Ia dapat membantu mencarikan lendir dan mengurangkan dorongan untuk batuk.
7. Jumpa doktor
Jika batuk malam berlanjutan selama lebih dari tujuh hari sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengetahui penyebabnya.
Semoga panduan ini berguna dan membantu anda yang sedang berdepan dengan masalah batuk malam. Cepat sembuh ya!
The post 7 Cara Hentikan Penyeksaan Batuk Malam appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
0 comments:
Post a Comment