Kongsi

5 Fakta Menarik Tentang Pesawat Terbesar Di Dunia

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kehadiran pesawat terbesar di dunia Antonov An-225 Mriya yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA. Pasti ramai yang nak tahu apa yang menarik sangat dengan kapal terbang ini? Di bawah kami senaraikan 5 fakta menarik tentang pesawat yang bapak besar ni.

  • Mriya jika diterjemahkan secara mudah bermaksud ‘Impian’, dan hanya ada sebuah ‘Impian’ di dunia pada masa ini.
  • Pesawat ini dibina pembina kapal terbang Ukraine, Antonov ketika era Perang Dingin pada tahun 1980-an. Ia bertujuan mengangkut kapal angkasa lepas ‘Buran’ bagi program penerokaan angkasa Persekutuan Soviet.
  • Selepas tamatnya Perang Dingin, pesawat ini tidak bergerak selama lapan tahun akibat kekangan kewangan. Selepas itu, ia ‘lahir semula’ sebagai pengangkut kargo terbesar di dunia.
  • Kos operasinya sangat tinggi. Pada tahun 2004, kos menerbangkan sebuah serombong asap dari Billund, Denmark ke Kazakhstan mencecah USD300,000.
  • Ia mampu mengangkut 1,500 manusia pada satu masa – hampir tiga kali ganda kapasiti kapal terbang penumpang terbesar dunia.





Sumber: www.himpunanceritalawak.com

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close