Abang Long Fadzil merupakan seorang bekas gangster Singapura.
Lokap dia yang pertama ketika berumur 12 tahun dan mula bertatto seawal usia belasan tahun.
Dulu bergelumang dengan dosa tapi kini telah kembali ke jalan yang lurus, jalan yang diredhai Allah.
Penghijrahannya bermula sedikit demi sedikit. Mendapat hidayah dari mimpi. Sebulan selepas bermimpi, ada rakan yang mengajaknya untuk sama-sama ke masjid.
Sebagai permulaan beliau keluar 3 hari untuk mengenali Allah tetapi tepat hari ke-40, barulah beliau yakin untuk kembali kepada Allah.
Berkat dari doa ibunya yang tidak berputus harap pada anaknya itu telah dikabulkan.
Sehingga kini video yang dikongsikan oleh Gincu Merah ini telah pun mendapat lebih dari 60,000 shares dengan melebihi 3000 komen.
Tak terlambat untuk seseorang berubah kembali ke jalan Allah. Semoga kita semua selalu dibimbang Allah ke jalanNya yang lurus.
Ikuti tembual bersama Abang Long Fadzil ini. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada kisah ini.
Hijrah Abang Long Fadzil Ex Gangster SingapuraAbang Long Fadhil merupakan bekas gangster singapura yang pernah ditetak dan ditikam ketika pergaduhan. Lokap dia yang pertama adalah pada umur 12 tahun dan mula bertattoo seawal umur belasan tahun. Lihat bagaimana kisah hidup dia yang bergelumang dengan dosa tapi akhirnya memilih cara hidup yang lebih baik selepas dia bermimpi. Doa ibunya yang tidak berputus harap pada anaknya itu telah dikabulkan. Ikuti pengakuan secara jujur oleh bekas gangster singapura ini
*video ini telah kami pendekkan daripada 2jam menjadi 48minit
Sumber: youtube
Kredit: ar rahman tvPosted by Gincu Merah on Thursday, May 12, 2016
0 comments:
Post a Comment