Bila guna GPS tu, janganlah percaya 100 peratus. Kadang-kadang tu, direction yang diberi bukannya tepat pun. Kenalah guna logik juga tengok sama ada jalan tu benar-benar boleh digunakan atau tidak.
Di Ontario, Kanada, seorang wanita memandu keretanya terus ke dalam tasik dek kerana terlalu percayakan sistem GPS .
Menurut laporan Canadian Press, wanita tersebut terbabas masuk ke dalam tasik kerana jarak penglihatannya terhad dengan keadaan jalan raya agak berkabus ketika itu.
Wanita itu dilaporkan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jadi, kepada anda di luar sana, berhati-hati ketika memandu menggunakan GPS.
Sumber: Mashable
0 comments:
Post a Comment