Terkini

Terima Ancaman Bom, Pesawat Komersial Terpaksa Berpatah Balik Ke Lapangan Terbang Subang

Subang_airport

Sebuah pesawat komersial Firefly terpaksa berpatah balik selepas dimaklumkan pesawat tersebut membawa bahan letupan.

Pihak pengurusan syarikat penerbangan telah menerima panggilan daripada lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 8 malam, memaklumkan tentang ancaman bom yang terdapat pada pesawat itu.

“Pihak syarikat terus menghubungi menara kawalan dan pesawat berkenaan diarahkan supaya membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Pesawat yang membawa 30 penumpang  dan empat anak kapal itu selamat dan mereka sudah diterbangkan ke destinasi yang dituju menggunakan pesawat lain.

Menurut laporan Harian Metro, satu pasukan unit pemusnah bom PDRM dipanggil ke tempat kejadian namun pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang bahan letupan ditemui.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Sumber: HMetro

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close