PANAS

'Sekelip Mata Abang Pergi Tinggalkan Sayang & Zuriat Kita...'




Kita hanya sempat merasa kebahagiaan sebagai suami isteri sebulan sahaja. Genap abang sebulan esok 28 Mei 2016. Tetapi Allah sudah berikan bukti cinta kita awal. Masa mula-mula sayang disahkan hamil,  ramai yang kata kita terlanjur sebelum nikah. Sebab itu kita nikah simple-simple sahaja. Tetapi abang minta sayang bersabar. Sabar menghadap mulut orang.

"Suami diorang tak sejantan abang. Lagi 15 tahun, takut sayang dah putus haid, sebab itu Allah bagi awal," kata abang bergurau.

Tetapi sebenarnya kita bernikah awal sebab abang tak mahu sayang terlepas di tangan orang lain. Kalau tidak, terpaksalah menunggu bulan 8. Lama lagi.

Abang, selama sebulan kita menjadi suami isteri, hanya5 kali sahaja kita bersua sebab tuntutan kerja abang. Kita mungkin tidak seperti pasangan lain yang hari-hari boleh berjumpa, isteri boleh tidur di atas lengan suami. Tetapi sayang tidak, hari ketiga selepas majlis nikah, abang sudah kena pergi belayar.

"Abang balik nanti, sayang jangan risau," kata abang sambil mengesat air mata saya.

Allah abang, isteri mana yang tidak risau. Memang abang balik, abang balik sebab arwah mak meninggal. Masa abang balik, abang tak lepas tangan sayang.

"Orang lain pun pengantin baru juga," kata sayang.

"Jah, aku pegang tangan kau, 3 tahun aku menunggu,"

Allah, betapa sayang rasa abang terlalu menghargai sayang.

Selama kita berjauhan ini, hari-hari abang buat video call. Hari-hari abang hadiahkan senyuman, nyanyikan lagu, bacakan doa tidur walaupun kita berjauhan. Hari-hari abang minta sayang mengaji dengan buat video call depan abang. Hari-hari abang akan tanya sayang, apa kebaikan yang dibuat hari ini. Hari-hari abang kata abang ampunkan sayang walaupun tak ada salah.

Abang memang suami yang baik, yang sayangkan sayang sepenuh hati. Sayang tak pernah lupa kejutan-kejutan yang abang buat untuk sayang. Paling sayang hargai bila abang sanggup contact kawan-kawan sayang senyap-senyap dan abang sponsor percutian kami. Abang tahu tak, kawan-kawan semua cakap, "Nak cari suami macam abang.". Bangga sangat sayang rasa dengan abang.

Abang bukan saja suami yang baik tetapi juga insan yang mulia. Orang sewa rumah abang setahun tak bayar pun abang cakap tak apa. Abang juga sangat suka bersedekah. Saya tahu dari mulut orang setiap 30% gaji abang, abang akan berikan kepada sesiapa yang memerlukan. Ya Allah, mulianya hati abang, tuhan saja yang tahu. Abang buat kebaikan apa-apa, tak pernah abang canangkan. Abang simpan sendiri. Abang, bertuahnya sayang mempunyai abang.

Abang ingat lagi tak masa kita baru merasa bunga-bunga cinta dulu? Abang bawa sayang pergi makan tepi tasik Pekan tu? Abang cakap dengan waiter tu, "Bagi abang teh o, tak payah letak gula okay,".

Budak waiter itu pun pelik. Abang cakap, "Ni depan abang ni dah manis dah. Kalau letak gula, takut lagi manis,". Masa itu perkataan cia cia cia tak wujud lagi. Saya cuma gelak saja. Tetapi bila budak itu tak letak gula, abang cakap tawar pula tetapi sebab nak menjaga kemachoan abang, abang telan juga teh o tawar itu. Hahaha! Sayang cuma mampu cakap, "Tolollah mu ni,".

3 tahun mengenali abang buat sayang rasa berat untuk melepaskan abang. Terlalu banyak kenangan manis kita. Kalau nak cerita, banyak sangat. Tetapi sayang pun tak lupa kenangan pahit kita. Tapi tak perlu dikenanglah yang pahit itu sebab dari yang pahit itulah abang banyak belajar untuk menjadi seorang yang benar-benar setia.

Abang sempat cakap kalau lelaki, letak nama Mohd Firdaus. Kalau perempuan, letak nama Noor Aisha. Jangan letak nama merepek sebab abang nak anak-anak abang jadi anak yang patuh pada agmaa juga. Tetapi sayang kata, "Awal lagilah abang,".

"Cuma pesan saja," kata abang.

Sekarang sayang dah faham kenapa abang pesan terlalu awal....

Abang, ingat lagi tak masa di Bangkok, saya tengok YouTube. Iyalah abang tahu sayang suka dengar lagu dikir tetapi abang ambil baik-baik telefon sayang.

"Kita jumpa sekali

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close