PANAS

"SAYA TAK MAMPU BACA QURAN DEPAN KAABAH..." - SHAMSUL GHAU GHAU (7 GAMBAR)



Nama Shamsul Ghau-Ghau atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 48, bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia.

Beliau kini dilihat sudah meninggalkan dunia glamernya di mana Shamsul kini telah memilih jalan dakwah sebagai perjuangannya.

Menceritakan pengalamannya yang dijadikan iktibar kepada orang ramai dalam aktiviti ceramah ternyata sungguh mengujakan, pelbagai kisah nasihat dan iktibar dari pengalaman hidupnya cukup berguna.

“Saya khatam al-Quran masa umur 12 tahun tapi tak mampu nak bacanya depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama pada 2001.” kata dengan sebak dan sedih hingga tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir dipetik dari Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika berkongsikan pengalamannya di hadapan kira-kira 300 penonton terdiri kakitangan hospital sewaktu program Quran Hour yang diadakan di Hospital Sungai Buloh, Khamis lalu.

“Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?

“ALLAH SWT mudahkan rezeki saya, bermula gaji RM300 sebulan semasa kerja sebagai polis sehingga pernah mendapat RM100,000 sebulan sebagai artis walaupun hanya ada SPM, tapi hati saya jauh dari-Nya,” kongsinya

Shamsul berkata beliau tidak menganggap apa yang terjadi sebelum ini sebagai titik hitam, sebaliknya ia adalah pembuka jalan baginya untuk memperbaiki dirinya sekarang.

Enggan menoleh ke belakang, beliau kini giat menjalankan aktiviti berdakwah dengan berkongsi pengalaman hidupnya bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat.




“Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa empat benda yang tak mungkin saya lupakan.

“Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

“Alhamdulillah, pada 2003 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006 semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid,” katanya.

Beliau berkata, walaupun diberikan jalan, namun disebabkan kesibukan kerja dan jadual harian masanya untuk ke masjid terbatas.

“Setiap hari saya dengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum masuknya waktu Maghrib sampai sudah menghafalnya serba sedikit tapi tak tahu maksudnya.

“Ditakdirkan pada satu hari saya pergi ke kedai buku dan semasa membelek buku tafsir al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi, ‘nikmat mana satu yang engkau dustakan’.”

"Ketika itu hati saya rasa sungguh sebak dan teringat akan janji yang tidak dipenuhinya untuk mengaji semula serta mendalami agama."



“Sekarang saya berguru dengan tiga ustaz yang mengajar tajwid, taranum dan tafsir. Kita hidup sudah berpuluh tahun tapi kita tak tahu maksud bacaan dalam solat kita.

“Saya berharap perubahan ini dapat melapangkan kubur mak ayah saya yang sudah tiada. Saya tak menolak perubahan saya hari ini adalah hasil doa arwah mak saya yang tak jemu memberi nasihat semasa hayatnya,” katanya.

Beliau berharap dengan berkongsi pengalaman hidup atas tiket artis dapat menarik lebih ramai orang untuk berubah menjadi lebih baik.

“Al-Quran itu perlu dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Cuba tanya diri kita dalam sehari berapa banyak kita pegang al-Quran berbanding telefon pintar?

“Saya bukan mahu buka aib diri saya, sebaliknya mahu mengajak lebih ramai orang Islam mendekati ALLAH dan memberikan pahala kepada mak ayah saya yang sudah tiada,” katanya. - Siakapkeli.my









About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close