Terkini

“Saya Malu Nak Ke Sekolah Kerana Tidak Ada Hadiah Untuk Cikgu”

Screen Shot 2016-05-20 at 3.03.55 PM
Oleh Ina Mohd. Sumber Berita Semasa
Apa lah daya seorang anak kecil apabila mempunyai keluarga yang kurang berkemampuan. Tetapi anak ini sebenarnya adalah pelajar terbaik. Walaupun serba kekurangan tetapi dia seorang pelajar yang bagus.Ini kisah yang dikongsi oleh pengetua sekolah anak ini. Semuanya bermula apabila tiba Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei. Imam masjid telah menghubungi pengetua memberitahu ada seorang pelajar di masjid, seperti ponteng sekolah.
Dalam mencari pelajar yang dikatakan ponteng itu, pengetua tidak menjumpainya. Namun jika buat salah, pasti akan terkena juga. Pelajar ini terkejut melihat pengetua tersebut. Dipendekkan cerita, asalnya pelajar tersebut tidak mahu memberitahu kenapa dia ponteng sekolah. Apabila didesak akhirnya dia membuka cerita sebenar.
Luruh hati membaca coretan ini. Hanya kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah bersempena Hari Guru,dia ponteng atau tidak hadir ke sekolah. Dirinya malu kerana rakan-rakan bertanya hadiah apa hendak diberi sedangkan disaat itu, dia mempunyai masalah sendiri.
Anda baca sahaja coretan di bawah. Semoga adik ini tabah dalam menghadapi hari yang mendatang. Ada benar juga apa yang diperkatakan, Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kepada penzahiran rasa syukur kepada Allah. Kepada ibubapa, minta anak menghadiahkan hari guru dengan janji untuk menjadi pelajar yang baik, taat, gigih dan berdisiplin, itu lebih bermakna kepada seorang guru dari sekotak hadiah. 
Ketika menjadi pengetua sekolah dulu, suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali, menelefon saya. Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah. Hari itu, hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dengan aktiviti sambutan.
Saya bergegas ke masjid yang disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid. Saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga. Tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh. Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan.
Dia terkejut melihat saya. Bibirnya terketar-ketar mengucap salam pada saya. Tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak yang takutkan bapa yang garang.
Dia segera berdiri menghormati saya tetapi saya suruh duduk. Saya kenal pelajar ini kerana dia pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas.
“Kenapa ponteng sekolah? Sedangkan awak pelajar terbaik?”
“Tak ada apa cikgu,” jawabnya.
Saya tidak berpuas hati kerana ini bukanlah tabiatnya. Saya terus mendesak dia bercakap benar.
Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi. Saya tahu, dia akan berkata benar.
“Cikgu, saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberikan kepada guru sempena hari guru. Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan. Ayah saya kerja jaga, emak pula sudah meninggal,” katanya menangis teresak-esak.
“Cikgu, saya malu ditanya rakan apa hadiah yang dibawa pada cikgu. Lebih malu lagi bila ada yang bertanya, ‘Nurul tak bawa hadiah ke?’ dan itulah yang berlaku pada tahun lalu,” air matanya deras mengalir di pipi dikesat dengan kain tudung separuh lusuh.
Saya turut berasa sedih dan tidak terucap kata.
Saya menghantarnya pulang ke rumah. Dalam perjalanan fikiran saya berkecamuk. Rupa-rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar. Bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah, resah bila tibanya hari guru.
Apa pendapat anda tentang kisah ini? Semoga mendapat sedikit rasa kesedaran buat semua. Sama-sama kita muhasabah diri ya.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close