PANAS

"RM5 INILAH DUIT TERAKHIR AKU....."


Esok baru gaji. Belek-belek dompet, tinggal RM5. Harap-harap isteri di rumah masak, bolehlah guna untuk isi minyak motosikal pergi kerja esok.

Semasa menuju ke motosikal, isteri yang tengah sarat mengandung telefon.

"Assalamualaikum. Abang, nanti tolong belikan nasi ayam di kedai ya, sebelum simpang rumah kita itu. Saya teringin makan nasi ayam, tengok kawan-kawan post di Facebook diorang tadi," katanya.

"Baiklah," jawabku pendek.

Duit RM5 tadi, bolehlah beli nasi ayam RM4.50. Aku makan maggi pun tak apalah. Masih ada maggi di rumah.

Dalam perjalanan balik, di lebuhraya Shah Alam ke Kapar, singgah sebentar di stesen minyak, tayar motosikal kurang angin. Sedang mengisi angin tayar, terdengar perbualan seorang ibu dengan anaknya yang meminta dibelikan air tin, cincau. Ibunya bising dan menjelaskan bahawa duitnya hanya tinggal RM5 sahaja untuk isi minyak.

Terdengar perbualan mereka itu, aku pun hulurlah duit RM5 kepada kakak itu, suruh dia belikan air untuk anak dia. Nanti sampai rumah, pandai-pandailah aku kelentong isteri, kata kedai dah tutup atau nasi ayam dah habis.

Sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang, ternampak seorang pakcik ini terkial-kial membuka tayar kereta dia yang pancit. Aku berhentikan motosikal dan tawarkan bantuan kepadannya.

"Sampai awal di rumah, nanti, kalau kata kedai nasi ayam tutup, tak logik pula," kataku dalam hati.

Selesai membantu pakcik itu menukar tayar, dia menyerahkan sekeping sampul berwarna merah sebagai tanda berterima kasih. Aku menolak dengan baik, namun dia tetap mahu aku menerima sampul itu.

Sebelum sampai di rumah, aku nampak kedai nasi ayam itu masih buka. Aku berhentikan motosikal dan membelek sampul merah itu.

"Wah! Banyaknya RM50!"

Terus aku beli dua nasi ayam. Untuk isteri satu, untuk aku sendiri, satu. Baki ada RM41, inilah rezeki kita sedekah RM5. Allah beri kita lebih lagi. Alhamdulillah. - Yusri Ibrahim

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close