Artikel ini bersambung dari: Pertolongan Cemas dan Sokongan Hayat Asas: Bahagian 1
Pendarahan Dari Luka:
- Pertama sekali, dail 999 dan panggil ambulans.
- Matlamat utama ialah menghalang kehilangan lebih banyak darah.
- Periksa jika ada apa-apa yang terbenam di dalam luka. Jika tiada, tekan luka dengan sekata dan kejap untuk menghentikan pendarahan.
- Jika tidak kelihatan sebarang tulang patah pada luka, angkat anggota tersebut untuk mengurangkan aliran darah.
Nota Khas Untuk Hidung Berdarah:
- Duduk dan cubit bahagian hidung yang lembut, atas sedikit dari lubang hidung, selama 10 minit dengan kejap.
- Tunduk ke depan dan bernafas melalui mulut. Ini akan mengeluarkan darah melalui hidung dan bukan mengalir turun ke kerongkong.
- Duduk tegak, dan elakkan berbaring. Ini mengurangkan tekanan darah di dalam pembuluh darah di dalam hidung dan akan membantu menghentikan pendarahan.
- Terus tekan hidung anda selama 30 minit (catat masa dengan jam) supaya darah boleh menggumpal. Letakkan pek ais pada batang hidung.
- Elakkan dari menghembus hidung, membongkok dan aktiviti berat untuk sekurang-kurangnya 12 jam selepas hidung berdarah. Cuba pastikan kepala anda berada lebih tinggi daripada paras jantung pada masa ini.
Terbakar Dan Melecur:
- Pertama, dail 999 dan panggil ambulans.
- Letakkan tempat lecur di bawah air dingin (bukan ais) yang mengalir selama 10 minit atau sehingga kesakitan lega.
- Tanggalkan pakaian atau barang kemas jika ia tidak melekat pada kulit.
- Jika kawasan lecur itu besar, selimutkan mangsa supaya badannya kekal hangat (elakkan kawasan lecur) untuk menghindar hipotermia (suhu badan turun).
- Jangan sapu apa-apa krim atau losen.
- Jika boleh, angkat anggota yang melecur tersebut untuk mengelak kebengkakan.
Nota Khas Untuk Lecur Kimia:
- Lindungi diri anda dahulu dengan memakai sarung tangan pelindung.
- Letakkan tempat lecur di bawah air dingin (bukan ais) yang mengalir selama 20 minit.
Tercekik:
- Pertama, dail 999 dan panggil ambulans.
- Jika laluan udara hanya separuh tersekat, mangsa masih boleh bercakap, batuk, menangis atau bernafas. Dalam kes sebegini, galakkan mangsa untuk terus batuk untuk mengeluarkan benda yang menyekat pernafasan.
- Jika tersekat teruk dan mangsa bergelut untuk bernafas, ketuk kuat-kuat pada belakang mangsa (di antara tulang belikat) sehingga 5 kali menggunakan tumit tangan.
- Jika langkah di atas tidak dapat membantu mengeluarkan benda tercekik, lakukan ‘Heimlich maneuver’.
- Berdiri di belakang mangsa yang sedang tercekik.
- Peluk pada pinggangnya dan bongkokkan mangsa ke depan.
- Genggam satu tangan anda dan letakkan tangan ada pada bahagian abdomen yang atas sedikit daripada pusat mangsa dan bawah daripada tulang dada.
- Pegang dengan tangan yang satu lagi dan tekan dengan kuat ke dalam dan ke atas.
- Ulang sebanyak lima kali sehingga objek yang terperangkap di kerongkong terkeluar daripada mulut mangsa.
- Matlamat Heimlich maneuver adalah untuk mengeluarkan objek yang tersekat dengan setiap tujahan, bukanlah bermakna anda wajib melalukannya sebanyak lima kali.
Lemas:
- Pertama sekali, dail 999 dan panggil ambulans.
- Apabila mangsa sudah berjaya dibawa ke darat, periksa pernafasan. Jika tidak bernafas, mulakan CPR.
- Jika mangsa bernafas, letakkan dalam posisi pemulihan dengan kepalanya lebih rendah daripada badan untuk membiarkan air mengalir keluar.
Kecederaan Elektrik:
- Pertama sekali, dail 999 dan panggil ambulans.
- Matikan punca arus elektrik jika anda boleh menjumpainya.
- Jika tidak:
- Lindungi diri anda dengan bahan penebat.
- Gunakan sesuatu yang kering dan bukan logam seperti batang kayu, dan tolak mangsa menjauhi punca elektrik.
- Jangan sentuh mangsa sehinggalah bekalan elektrik diputuskan.
- Jika mangsa tidak bernafas, mulakan CPR.
Patah:
- Pertama sekali, dail 999 dan panggil ambulans.
- Andai disyaki ada kepatahan tulang, sekiranya mangsa berdarah dan tidak bernafas, anda harus uruskan hal pendarahan dan pernafasan dahulu.
- Ampu anggota tersebut dengan selimut atau kain yang digulung. Jika tidak pasti, jangan alihkan mangsa daripada posisi asalnya.
- Dalam kes-kes patah yang parah tetapi mangsa boleh berjalan (patah pada tangan, hidung dsb), bawa mangsa ke hospital terdekat dengan kenderaan.
Keracunan:
- Pertama sekali, dail 999 dan panggil ambulans.
- Jika mangsa stabil, cuba tanya apakah punca keracunan (sama ada patukan ular, tertelan bahan kimia dsb).
- Jangan paksa mangsa muntah atau beri mangsa makanan atau minuman dalam kes tertelan racun.
Dalam Kes Patukan Ular:
- Cuba ingat rupa ular jika boleh.
- Tanggalkan barang kemas seperti rantai, cincin atau gelang.
- Jangan gerakkan anggota yang dipatuk. Bertenang dan elakkan pergerakan untuk mengelakkan bisa terus merebak.
- Perlahan-lahan cuba letakkan mangsa pada posisi di mana anggota badan terbabit lebih rendah daripada jantung.
- JANGAN PASANG TORNIKET (mengikat bahagian yang terlibat).
- JANGAN POTONG BEKAS PATUKAN ATAU CUBA MENYEDUT BISA KELUAR.
- JANGAN TANGKAP ULAR TADI.
The post Pertolongan Cemas dan Sokongan Hayat Asas (CPR) : Bahagian 2 appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment