Terkini

Periksa Telefon Suami, Boleh Kena Penjara, Sebat Atau Denda

Gambar sekadar hiasan.

Undang-undang yang pelik ini pastinya mengundang rasa tidak puas hati netizen. Mana taknya, periksa telefon suami sampai kena hukum penjara dan sebat. Biar betul?

Undang-undang Arab Saudi ini dikatakan tidak tertakluk dalam undang-undang Syariah, sebaliknya ia dilihat sebagai melanggar urusan peribadi.

Wanita boleh dihadapkan ke mahkamah jika saman difailkan ke atas mereka.

Peguam Mohammed Al-Temyat, yang memperkenalkan diri sebagai anggota Program Keselamatan Keluarga kerajaan Arab Saudi berkata, “Saya mahu menjelaskan subjek ini membabitkan suami dan isteri dan ia adalah kesalahan ta’zir. Jadi, ada kemungkinan pesalah disebat, denda, penjara, menandatangani perjanjian atau tiada hukuman langsung.

“Ia kesalahan ta’zir yang tidak diiktiraf secara rasmi, jadi hukuman bergantung kepada masalah yang wujud. Jika tiada masalah, tiada hukuman dijatuhkan,” katanya kepada akhbar Makkah.

Sumber: Sinar Harian

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close