Terkini

‘Pengantin’ Agihkan Sarapan Free Di Tepi Jalan

Lelaki yang berpakaian pengantin ini bukanlah raja sehari sebenarnya, dia hanya mengenakan pakaian tersebut ketika mengagihkan sarapan percuma di Jalan Kok Lanas Machang, Kelantan.

Nor Hamidi Mohd Nadzir, 27, merupakan pemilik Butik D Rias Bridal Collection mengedarkan sarapan percuma dengan cara yang unik untuk berkongsi rezeki selepas perniagaannya mencatat keuntungan.

“Hari pertama beri bihun goreng, hari kedua pula nasi goreng dan hari ini nasi daging kicap. Semuanya dimasak istimewa oleh ibu saya, Rokiah Idris, 54.

“Hari pertama agihkan makanan ini, agak susah juga kerana saya berbaju Melayu ala pengantin dan lengkap bertanjak serta keris menyebabkan orang pelik dan takut berhenti.

“Namun selepas diterangkan niat saya, mereka faham dan beri sokongan,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Agihan sarapan percuma ini akan berlangsung sehingga hari Khamis ini.

13267848_589521767889737_2982618272153690129_n 13221658_589521807889733_7980715040826242174_n 13241289_589521801223067_801884902155782268_n 13227170_589143857927528_4097940904716257810_n 13221677_589143931260854_1938301929365461588_n 13240015_589100281265219_6478305976641665350_n 13241218_589100237931890_6313930482206095742_n

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close