Terkini

Netizen Marah Lelaki Terajang Isteri Di Kedai Dobi

belasah1

Oleh Ina Mohd. Sumber Media Hot

Sepatutnya hubungan suami isteri sentiasa dihargai lebih-lebih lagi yang mempunyai anak. Sikap dan sifat ibu bapa juga memainkan peranan yang penting kerana apa yang dilakukan oleh ibu bapa, selalunya mendapat perhatian mereka. Jadi sentiasalah berhati-hati dalam perilaku anda.

Satu kisah yang menjadi viral sekarang apabila seorang suami menerajang isterinya di kedai dobi. Perbuatannya itu juga dilihat oleh anaknya sendiri. Kejadian dipercayai berlaku di kedai dobi di Kuantan Pahang. Isteri sedang mengeluarkan baju yang telah dibasuh untuk diisi dalam bakul. Tidak semena-mena suami dating dan menerajang isterinya.

Dalam masa yang sama suami terjatuh juga ketika menerajang isteri akibat lantai yang licin. Perilaku suami ini telah dimarahi oleh netizen. Ada yang memohon agar pihak berkuasa menangkap lelaki ini akibat perbuatannya. Tertarik dengan beberapa komen yang diberi. Antaranya lelaki tersebut perlu menghormati isterinya, tidak sepatutnya melakukan sedemikian rupa.

Harapnya suami tersebut tidak lagi buat begitu. Ini sangat memalukan sebenarnya. Kesian melihat isterinya diperlaku begitu. Bagi isterinya pula jika perlu membuat laporan, silalah buat.

 

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close