SETELAH lebih setahun melakukan siaran percubaan d seluruh negara tanpa sebarang publisiti besar-besaran, akhirnya perkhidmatan televisyen teresterial digital (DTT) secara percuma bakal menemui rakyat Malaysia.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh syarikat penyedia prasarana DTT tersebut iaitu MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. (MYTV) menerusi laman Facebook rasmi baru-baru ini sekali gus mencetuskan sensasi dalam kalangan ‘kaki TV’.
Menurut MYTV, siaran DTT buat masa sekarang sedang dalam fasa ujian di beberapa lokasi terpilih seluruh negara namun perkhidmatan DTT dijangka dilancarkan sepenuhnya pada seawal-awalnya Ogos atau September nanti.
Dalam pada itu, dua juta unit dekoder MYTV bakal diedar secara percuma kepada senarai penerima yang diluluskan pihak kerajaan terutama kalangan isirumah miskin dan berdaftar program e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ini sekali gus membolehkan golongan itu dapat menikmati siaran televisyen percuma tanpa gangguan apabila mode analog digunakan semua stesen penyiaran teresterial ditamatkan dan negara kita beralih sepenuhnya kepada DTT.
Bagi yang tidak terpilih menerima set percuma, dekoder itu juga akan dijual menerusi kedai barangan elektrik di seluruh negara dan harga yang ditetapkan oleh kerajaan akan diumunkan sedikit masa lagi dijamin mampu dimiliki.
Tinjauan mendapati, harga standard set penerima siaran DTT itu di kebanyakan kedai pada masa ini ialah RM300 manakala menerusi laman jualan secara talian tempatan pula ada menawarkan serendah RM150.
Setakat ini siaran DTT melalui MYTV buat permulaan mengandungi lapan saluran percuma iaitu TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV AlHijrah dan Bernama TV sebelum ditambah lebih banyak lagi secara berperingkat-peringkat.
Laporan mengenai siaran DTT tersebut pernah disiarkan dimana bakal membolehkan set dekoder MYTV menerima sebanyak 80 saluran televisyen dan 40 saluran radio secara percuma sepenuhnya.
Bagi yang tidak sabar menikmati siaran DTT percuma disediakan MYTV, anda sebenarnya boleh melakukan ujikaji mudah dengan menyambungkan antena biasa jenis tetulang ikan terus ke set dekoder yang dibeli dari kedai elektrik.
Kemudian sambungkan pula kabel dekoder itu ke set peti TV dan buat pencarian talaan frekuensi yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengikut kawasan liputan pemancar (lihat jadual).
Panduan penalaan lengkap sepenuhnya adalah berbeza mengikut jenama set peti TV, jenis antena digunakan dan model dekoder. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web rasmi MYTV. – sumber
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

0 comments:
Post a Comment