FOTO Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun oleh Mahkamah Seksyen atas pertuduhan memiliki sebilah pisau lipat tanpa kebenaran, lapor Harian Metro.
Mohd Haniff Hussin, 33, mengaku bersalah di atas pertuduhan itu dan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu serta merta.
Haniff diperintahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 13 Mei 2016.
Mengikut pertuduhan, Hanif didakwa memiliki sebilah pisau lipat berukuran 6 inci tanpa kebenaran pihak berkuasa di Jalan Kulai Jaya, Wakaf Che Yeh, jam 10.30 pagi, 13 Mei 2016.
Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 10 tahun jika disabtikan bersalah.
0 comments:
Post a Comment