Terkini

Lelaki Dilahirkan Kepala Ke Bawah Tapi Hidup Normal

11_14

Claudio Viera de Oliveira ini dilahirkan kepalanya ke bawah.

Walaupun doktor yang menyambut kelahirannya dulu pernah menasihatkan ibunya supaya membiarkannya mati kerana tak mahu de Oliveira hidup sengsara tapi ibunya tak pedulikan nasihat doktor sebaliknya belajar bagaimana dia boleh membesarkan de Oliveira.

Dia yang berasal dari Monte Santo, Brazil menghidap artrogriposis, keadaan luar biasa yang menyebabkan sendinya bersimpul. Keadaan itu juga menyebabkan kepalanya berada di bawah dan menghadap ke arah yang bertentangan.

Namun selepas menyedari yang sebenarnya dia mampu gunakan pen dengan masukkannya dalam mulut untuk menaik perkataan dan bibir untuk kendalikan tetikus dan telefon, de Oliveira akhirnya boleh atasi rintangan yang ada.

“Sejak kecil saya suka menyibukkan diri dan bekerja. Saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

“Kini, saya membuat sedikit kerja perakaunan, penyelidikan untuk pelanggan dan runding cara. Saya belajar membuka televisyen, menjawab telefon, memasang radio, mengguna Internet dan komputer. Semuanya dilakukan sendiri.”

“Sepanjang hidup ini, saya dapat menyesuaikan diri dengan dunia. Kini, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai orang yang berbeza. Saya manusia normal.

“Saya tidak melihat benda terbalik. Ini yang selalu saya cakap di ceramah saya. Kini, keadaan semakin mudah untuk berurusan dengan orang ramai.

“Saya tidak lagi takut dan saya boleh katakan saya profesional, penceramah awam antarabangsa dan menerima jemputan dari seluruh dunia,” katanya.

10_13

Kalau orang macam ni pun masih kuat dan tak putus asa, apa asalan kita cepat sangat mengalah?

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close