Terkini

"AYAH, LARE AYAH !" - VIDEO ANAK MINTA AYAH LERAI PERGADUHAN VIRAL


LAZIMNYA seorang anak tentu merengek manja meminta si ayah membeli barangan tertentu yang diingininya namun paparan menerusi laman Facebook Cerita Viral ini lain daripada lain.

Dalam video berdurasi 1 minit 37 saat itu terdengar suara jerita seorang anak perempuan dikatakan meminta ayahnya untuk meleraikan satu pergaduhan melibatkan dua pemuda di tepi jalan.

Apa yang menarik, ayah beliau kemudian dilihat memberhentikan kereta sebelum keluar dari kenderaan untuk meleraikan pergaduhan sambil disaksikan orang awam.

Pergaduhan itu disyaki berlaku disebabkan pelanggaran motosikal dengan motosikal dan mungkin berlaku salah faham antara penunggangnya.

Orang awam yang berada di situ turut membantu untuk meredakan keadaan. Walaubagaimanapun, lokasi kejadian tidak diketahui tetapi berdasarkan dialek ia mungkin di Pantai Timur. - SUMBER

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close