PANAS

Kereta Dikejar Lebih Kurang 20,000 Lebah Selama 2 Hari Kerana Ratunya Dilarikan Oleh Pemandu Tanpa Sengaja

Wales – Berita tentang sekawan lebah yang mencetus huru – hara kerana mengejar kerta Mitsubishi Outlander selama 2 hari disebabkan ratu mereka ‘dilarikan’ oleh kereta tersebut. Ratu lebah dikatakan bersembunyi di dalam bonet kereta dan ini menyebabkan koloni yang lain mengikutinya ke mana sahaja.

Bonet kereta tersebut dilihat dikerumuni lebih kurang 20,000 serangga berbisa tersebut. Orang ramai serta 5 penjinak lebah dan ranjer taman berusaha untuk menjinakkan lebah tersebut dengan “memujuk” mereka masuk ke dalam kotak kadbod.

348e5d0100000578-3606372-image-a-81_1464083956531

Usaha mereka selama beberapa ketika musnah kerana kotak tersebut terjatuh disebabkan angin kencang dan ratu lebah itu kembali menyelinap ke dalam bonet kereta.

Menurut salah seorang penjinak lebah, Roger Burns mengatakan mungkin ratu lebah itu tertarik dengan sesuatu yang manis di dalam bonet kereta tersebut.

Selepas beberapa ketika mereka ditinggalkan setelah berjaya menangkap serangga berbisa itu dan sekali lagi laporan mengatakan kejadian yang sama berulang semula keesokkan harinya.

348e5a1000000578-3606372-image-a-79_1464083927670

348e5a2300000578-3606372-image-a-78_1464083910307

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close