Terkini

"ESPN, JANGAN PUTAR BELIT KENYATAAN SAYA..." - TMJ


Johor Bharu, 16 Mei - Tunku Mahkota Johor, HRH Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini menegur tindakan satu laporan dari portal sukan antrabangsa, ESPN, yang disifatkan oleh beliau memutarbelitkan kenyataannya.

TMJ membuat teguran itu menerusi satu posting di page Johor Southern Tiger.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membetulkan beberapa kenyataan tidak bertanggungjawab yang telah dibuat oleh ESPN, melaporkan bahawa saya telah menyebut JDT adalah pasukan yang lebih besar daripada Selangor. ", tulis TMJ.

Menurut TMJ apa yang dikatakan oleh beliau adalah JDT lebih popular di peringkat global dalam beberapa tahun kebelakangan ini jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain yang memenangi lebih piala.

"Yang saya katakan adalah JDT lebih popular di peringkat global dalam tahun-tahun kebelakangan ini kalau dibandingkan dengan Selangor dan pasukan-pasukan lain yang telah memenangi lebih piala. Tetapi dari segi kejayaan, Selangor, Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan adalah lebih berjaya.

"JDT hanyalah sebuah kelab muda yang mempunyai cita-cita besar. Itu sahaja. Oleh itu, jangan memutarbelitkan kata-kata saya. Kepada mereka yang tidak selesa dengan JDT, teruskanlah kehidupan anda dan izinkan saya meneruskan sambutan kemenangan dengan keluarga JDT saya.", kata beliau.

Sebelum ini, ESPN mengeluarkan satu laporan yang bertajuk "JDT already bigger team than Selangor" namun telah menukar tajuk artikel tersebut selepas itu.


Tajuk asal yang masih berada dalam hasil carian Google



Tajuk yang telah diperbetul 

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close