PANAS

"HARAM BERGAMBAR DENGAN KUCING" - ULAMA ARAB SAUDI



ARAB SAUDI - Seorang ulama Arab yang terkenal telah mengisyitharkan bergambar dengan kucing adalah haram, berikutan bimbang trend dari barat itu mula menular di Arab Saudi, lapor News Week

Dalam sebuah program televisyen, ahli ulama Arab Saudi, Sheikh Saleh bin Fauzan Al-Fazwan berkata, beliau dimaklumkan tentang satu trend terbaru merakam gambar bersama kucing telah tersebar di kalangan orang-orang yang mahu menjadi seperti orang barat.

"Apa? Ambil gambar dengan kucing? Ambil gambar itu haram. Tak kiralah dengan kucing atau apa-apa. Mengambil gambar adalah haram melainkan darurat. Dengan kucing, anjing, serigala atau apa-apa sahaja, tak boleh," katanya.



Difahamkan, rakaman video tersebut dimuat naik di laman YouTube pada 17 April lalu dan diterjemahkan oleh kumpulan pemantau dari Institut Penyelidikan Media Timur Tengah.

Di bawah undang-undang negara itu yang berlandaskan Islam, dikenali sebagai fahaman Wahabi, banyak perkara-perkara yang biasa diamalkan dalam kehidupan Barat telah diharamkan.

Januari lalu, Arab Saudi telah mengharamkan permainan catur kerana ia menggalakkan perjudian. Sheikh Abdulaziz Al-Sheikh juga berkata, permainan itu hanya membuang masa dan duit serta akan menimbulkan kebencian selain permusuhan antara pemain.

Satu lagi permainan yang diharamkan ialah Pokemon. Mufti besar mengatakan bahawa permainan mempromosi agama lain seperti Kristian atau Yahudi kerana terpapar jelas pada kad, gambar said atau Jewish Star of David. - SUMBER

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close