Terkini

Cara Solat dalam Kenderaan Ketika Sangkut Dalam Traffic Jam

Traffic jam memang melemaskan, tambah-tambah lagi pada musim perayaan dan cuti persekolahan. Di Kuala Lumpur atau Negeri-negeri yang agak sibuk masa pergi dan masa balik kerja memang akan kerap berlakunya kesesakkan. Ini sememangnya akan menyebabkan kita akan terlepasnya waktu-waktu solat, jadi kami kongsikan artikel yangkami jumpa ada mengajarkan Cara Solat dalam Kenderaan Ketika Sangkut Dalam Traffic Jam;

 

Solat fardu adalah solat yang telah di tentukan waktu-waktunya. Tidak boleh di tinggalkan begitu saja tanpa sebab yang di benarkan oleh syarak. Seseorang tak boleh mengqada’kan solat fardunya dengan sengaja. Jika sudah tahu jalan raya akan sesak pada waktu puncak maka kita hendaklah merancang di mana kita hendak  solat supaya tidak tertinggal begitu sahaja. Jika kita terperangkap di jalan raya dan tidak ada ruang untuk kita solat maka kita boleh jamakkan solat tersebut atau solat di dalam kenderaan yang kita naiki. Contohnya : Setelah habis kerja dan setelah selesai solat asar kita akan meneruskan perjalanan balik ke rumah, akan tetapi di dalam perjalanan balik ada berlakunya kemalangan jalan raya dan sudah pun masuk waktu magrib dan kita masih lagi terperangkap di jalan raya ( tidak ada solat hormat waktu)

Maka ada 2 cara solat:

Pertama : Kita boleh buat jamak takhir iaitu kita niat solat magrib di jamakkan dengan isyak di buat pada waktu isyak. Tak boleh di qasarkan kerana kita bukan musafir. Di haruskan jamak di sebabkan keadaan dharurat (terpaksa). Bukan solat qada’ magrib kerana tak ada qada ‘ jika meninggalkan solat dengan sengaja.

Kedua : kita boleh solat magrib di dalam kenderaan yang sedang bergerak.

Cara-caranya : SOLAT KETIKA DALAM KENDERAAN

Seseorang yang sedang bermusafir atau terperangkap di jalan raya dibolehkan untuk menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ianya dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat yang berdekatan semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak boleh berhenti. Tetapi dengan syarat sudah ada wuduk.

Solat dalam kenderaan juga adalah boleh dijamak atau diqasarkan (ketika musafir) setelah cukup syarat-syaratnya.

PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN

1. Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan anda

2. Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang paling sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita yakin arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.

3. Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram

4. Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa

5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.

6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk tadi.

7. Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.

8. Kita tidak perlulah mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat kita jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah.

Semoga dapat memberikan manfaatnya

Sumber

The post Cara Solat dalam Kenderaan Ketika Sangkut Dalam Traffic Jam appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close