Terkini

"FATIN BANYAK MENEKA BERBANDING TAHU JAWAPAN" - NETIZEN


SHAH ALAM - Peserta dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin dinobatkan sebagai juara edisi pertama berkonsep kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM), malam tadi.

Selain memenangi trofi, Fatin juga turut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 setelah berjaya menewaskan 13 peserta lain yang datang dari seluruh negeri.

Bagaimanapun di media sosial, netizen masih tidak dapat menerima apakah matlamat sebenar program CGM, malah tidak menunjukkan kebijakan wanita yang sebenar.

Segelintir netizen mendakwa CGM lebih kepada program kuiz yang jika tidak tahu apakah jawapannya, maka peserta boleh 'menembak' sebarang jawapan yang ada. Betul atau salah, itu bergantung kepada nasib.

"Saya ada tengok semi final hari tu. Dia (Fatin) ini asyik banyak meneka berbanding tahu jawapan. Sepatutnya sudah terkeluar tetapi bertuah. Kalau nak kata bijak, Arina atau amoi Cina itu lagi bijak," kata Hans Mohd Salleh.

"Matlamat program ini sebenarnya untuk apa? Selepas dinobatkan sebagai Clever Girl, adakah beliau akan menjadi wanita yang paling pandai di Malaysia atau mampu menasihati Perdana Menteri berkaitan halatuju negara? Matlamat program ini tidak nampak. Mahatma Gandhi dengan Mother Terresa dah kenal belum?" soal Tun Iznie Sofyan.

"Clever bukan bermakna dapat menjawab soalan itu kerana tahu jawapannya. Tetapi clever memilih jawapan yang betul. Pintar meneka," kata Arman Assante.

Tidak dinafikan, sepanjang episod CGM, kebanyakan peserta dilihat memilih jawapan mereka dengan menyebut abjad jawapan pilihan yang berakhir dengan bunyi 'soalan' di hujungnya.

Contohnya:

"Saya pilih C? Alaska?"

Berbanding dengan peserta yang menjawab soalan objektif dengan nada yang yakin dan tegas bahawa itulah jawapan pilihan mereka seperti:

"Saya pilih C, Alaska!"

CGM sepatutnya kurangkan soalan objektif dan lebihkan soalan berbentuk subjektif bagi menguji kebijaksanaan para peserta yang sebenar. Bukannya memberikan soalan objektif yang memboleh mereka menembak sebarang pilihan jawapan yang ada jika mereka tidak mengetahui jawapan kepada soalan yang sebenar. -  SUMBER
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close