Terkini

"AIR ASIA ENGGAN PULANGKAN RM1,402 MESKIPUN BUKAN SILAP SAYA...."


Peringatan kepada mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan Air Asia.

Saya cuba membuat penempahan tiket penerbangan Air Asia menggunakan Maybank2u. Namun, bila cuba membuat pembayaran, gagal dan tertera di skrin, "Service is unavailable".

Baiklah, saya menunggu selama 3 jam dan tidak meneima sebarang emel pengesahan dari mereka. Langsung tiada. Saya mencuba lagi pada waktu sebelah malam kerana saya menyangka percubaan pertama tadi memang gagal sepenuhnya, memandangkan tiada sebarang emel yang dihantar kepada saya.

Percubaan kali kedua saya berjaya! Yeay!

Tetapi pagi ini, bila saya menyemak emel, saya menerima dua tempahan penerbangan dengan dua nombor tempahan yang berbeza. Namun nama penumpangnya sama, tarikh pun sama, waktu penerbangannya pun sama.

Rupa-rupanya tempahan pertama itu sebenarnya berjaya. Bila saya semak akaun bank Maybank2u, saya mendapati sebanyak RM1,402 telah ditolak dua kali dari akaun saya.

Lalu saya membuat aduan secara online berhubung perkara ini dan meminta pengembalian wang dari Air Asia. Teka, apa jawapan yang saya dapat?



"Sorry, we are unable to refund you,"

Good job Air Asia. Saya sungguh berbangga dengan syarikat penerbangan tempatan yang sangat bertimbang rasa, suka membantu dan bertoleransi.

Saya tinggal di Korea dan kerap berurusan dengan syarikat penerbangan tambang murah Korea. Saya pernah menghadapi masalah yang sama dengan mereka, dan mereka mengembalikan wang saya 100%. Mereka tidak mengambil wang pelanggan tanpa sebarang sebab. Sungguhpun penerbangan saya dari Malaysia ditangguhkan dan saya tertinggal penerbangan ke Jeju, mereka aturkan semula jadual penerbangan saya tanpa sebarang caj.

Walau bagaimanapun, bila klien saya tertinggal penerbangan mereka ke Kuala Lumpur berikutan ribu salji di Jeju pada akhir bulan Januari lalu, mereka terpaksa menempah penerbangan baru dari Busan ke Kuala Lumpur. Dan kemudian kami cuba mendapatkan refund dari Air Asia atas kerana tertinggal penerbangan yang tidak disengajakan. Namun Air Asia hanya membalas,

"Sorry, we unable to refund because it wasn't our mistake. It was Jeju Air's mistake,"

Pernah sekali bila saya kembali ke Jeju dari Kuala Lumpur, saya membawa bagasi yang berat keseluruhannya 40 kilogram. Sudah tentu saya telah membuat bayaran untuk membawa bagasi yang maksimum dari Air Asia, bukan dari Jeju Air. Jeju Air hanya memberikan 15 kilogram berat bagasi percuma. Mujur mereka tidak meminta saya membuat sebarang bayaran ketika daftar masuk.

Saya bertanya kepada kakitangan wanita yang berada di kaunter dan dia berkata, "Tak mengapa, jangan bimbang,".

Tetapi jika mereka meminta saya membuat bayaran, ia akan menjadi jumlah yang sama seperti yang dinyatakan dalam laman web mereka. Tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan jika membuat pembayaran di kaunter. Tetapi jika Air Asia? Rasanya berapa kali ganda dia caj kalau kita kena bayar di kaunter? - Sakinah Omar

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close