Pernah mengalami rasa cepat letih dan mengantuk di pagi hari? Selalu… kan?
Keadaan badan yang cepat letih dan kerap diserang rasa mengantuk pasti akan membuatkan anda sering kehilangan semangat sewaktu di tempat kerja dan sebagainya.
Aktiviti seharian anda yang mungkin sibuk tentunya akan mengurangkan energi. Pengambilan makanan yang tidak tepat juga boleh membuatkan badan anda menjadi semakin cepat letih dan mudah diserang rasa mengantuk.
Untuk mengatasi masalah ini, ada beberapa cara yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu ketahui jenis makanan yang disarankan dan dielakkan bagi mengatasi rasa cepat letih dan mengantuk yang sering menganggu aktiviti seharian anda.
Jika anda termasuk dalam kategori orang yang cepat letih dan mengantuk, semoga huraian di bawah ini dapat membantu anda untuk mengatasinya.
1. Jauhi Makanan Segera
Makanan segara mengandungi sedikit serat dan lebih banyak gula yang dapat menaikkan kadar gula darah. Pengambilan gula berkait rapat dengan masalah kesihatan,seperti diabetis, obesiti dan penyakit jantung serta dapat menghalang metabolism apabila diambil berlebihan.
2. Hindari Makanan Yang Dipanaskan Berulang-Ulang Kali
Memanaskan lebihan makanan adalah perkara biasa. Namun, perkara ini menjadi sesuatu yang berbahaya apabila anda memanaskannya berulang-ulang kali. Lemak daripada makanan yang dipanaskan berbahaya buat tubuh. Bahkan makanan yang sepatutnya memberikan energi anda, akan merampas semuanya dan membuatkan tubuh anda menjadi cepat letih.
3. Elakkan Makanan Bergoreng & Minuman Berkafein
Makanan yang digoreng akan membuatkan anda rasa mengantuk kerana sistem pengadaman anda terpaksa bekerja lebih gigih daripada kebiasaannya untuk memproses lemak di dalamnya. Makanan bergoreng juga kaya dengan minyak dan lemak trans. Makanan yang digoreng boleh menyumbat saluran arteri dan mencemari sel-sel darah. Di samping itu, makanan bergoreng juga meningkatkan kolesterol jahat.
Nota: Gorengan yang berwarna kuning pekat dan cenderung berkilat, berbintik-bintik putih, rangup namun terasa pahit (akibat campuran kapur dalam adunan tepungnya), dan gorengan berbau menyengat (kerana tambahan MSG yang terlalu banyak, biarpun sedap tapi boleh menyebabkan beberapa penyakit berbahaya adalah ciri-ciri makanan bergoreng yang tidak sihat serta berbahaya untuk diambil.
Biarpun kafein mampu menstimulasikan tubuh agar menjadi lebih bersemangat, namun lama kelamaan tubuh tetap akan terasa lebih penat. Jadi, abaikan minum kopi dan cuba gantikannya dengan secawan teh.
4. Pengambilan Makanan Yang Kaya Zat Besi
Pengambilan makanan sumber zat besi seperti daging lembu, ikan, kacang-kacangan dan sayur-sayuran hijau membuatkna tubuh menjadi lebih berenergi. Zat besi dikatakan sumber mineral penting yang membantu membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Jika keperluan zat besi tidak dipenuhi, efeknya mungkin tubuh terasa lemah, penat dan tidak sihat. Membiasakan diri dengan bersarapan pagi untuk membantu stamina anda di pagi hari. Biasanya orang yang tidak bersarapan akan pagi akan berasa lebih mengantuk pada siang hari.
5. Vitamin B12
Vitamin B12 menjaga aktiviti sel darah merah yang mengalirkan oksigen di dalam darah. Kadar vitamin B12 rendah membuatkan tubuh cepat letih dan tidak bersemangat. Keadaan ini juga membuatkan perut anda selalu rasa memulas-mulas. Jika terlalu lama dibarikan, anda boleh diserang rasa kebas-kebas di bahagian tangan dan kaki serta daya ingat menurun. Vitamin ini boleh diperoleh dalam protein haiwan, seperti susu, telur, daging dan ikan. Jika anda tidak mnggemari semua itu, anda boleh memperoleh daripada susu soya.
6. Rehat Secukupnya
Selain makanan, istirahat yang secukupnya juga membantu tubuh lebih segar. Tidur adalah salah satu cara untuk mengembalikan energi yang terbuang. Jadi, usahakan untuk tidur yang normal iaitu lapan jam sehari. Biasakan tidur dengan pola tidur yang konsisten, jika tidak ia akan menurunkan stamina anda di pagi hari. Situasi ini akan membuatkan tubuh anda terasa lemah, penat serta timbul rasa mengantuk.
7. Jom, bersenam!
Senaman ringan selama 30 minit dapat membantu anda meningkatkan stamina. Senaman baik untuk meregangkan otot-otot anda yang tegang. Senaman seperti jogging dan yoga mampu membautkan tubuh anda menjadi lebih segar dan bersemangat.
8. Khasiat Air Putih & Teh Hijau
Minum air putih di pagi hari sangat digalakkan. Minum segelas air putih pada pagi hari akan mengganti mineral yang hilang serta menghindari kekurangan cecair di dalam tubuh. Sesekali cubalah ubah menu, ganti air putih dengan teh hijau kerana khasiatnya sama dengan air putih yang mengandungi antioksidan untuk mengembalikan status hidrasi dan memberikan efek menenangkan pada tubuh.
@via wom.my
The post 8 Formula Atasi Rasa Cepat Letih Dan Mengantuk appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
0 comments:
Post a Comment