Eh jangan pecahkan bisul guna jarum, nanti disebabkan jarum, bisul boleh terkena jangkitan bakteria atau kuman, melambatkan lagi proses sembuh.
Manakala nanah yang mengalir dari bisul pula boleh menambah lagi bisul pada anggota badan.
Habis tu takkan nak biarkan saja? Kadang-kadang bisul ini pula timbul di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya. Atas kepala, celah punggung, ketiak, dalam telinga, hidung, dan sebagainya. Mana selesa kalau dibiar lama-lama!
8 Tips Merawat Bisul Di Punggung, Ketiak & Kepala!
1) Tuam Dengan Tuala Panas
Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul.Selain itu, ia menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.
2) Jangan Sesekali Pecahkan Bisul
Seeloknya tuam dengan tuala panas sehingga nanah keluar sendiri dan bisul kering semula.
3) Cuci Dengan Sabun Antibakteria
Kemudian kesat hingga kering.
4) Sapu Krim Antibakteria
Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap.Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.
5) Jaga Kebersihan Diri
6) Rawat Luka Dengan Segera
7) Elak Duduk Terlalu Lama
Bisul Akan Cepat Mengecut Dengan Rawatan Yang Betul
Biasanya dalam tempoh seminggu dua, jika dijaga dengan betul, bisul akan kering dan mengecut.Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang disebabkan oleh bisul.
The post 7 Tips Merawat Bisul Di Punggung, Ketiak & Kepala appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

0 comments:
Post a Comment