Terkini

5 Pantai Paling Merbahaya Di Dunia

Pantai merupakan salah satu destinasi yang paling banyak dikunjungi untuk mendekatkan diri dengan keindahan alam dan mencari ketenangan. Selain itu, kita dapat melakukan banyak aktiviti riadah dan ekstrim seperti “scuba diving”, “snorkeling”, berjemur, memancing dan macam-macam lagi.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika pantai sering dipenuhi pelancong ketika waktu cuti. Namun, tidak semua pantai boleh kita kunjungi kerana ada beberapa pantai di dunia ini yang dikategorikan sebagai tempat yang sangat berbahaya karena beberapa faktor.

Antara faktor yang membuatkan pantai-pantai ini dilarang dikunjungi adalah kerana seperti berlakunya pencemaran, dihuni oleh haiwan buas, atau pernah dijadikan tempat ujikaji bahan nuklear. Berikut adalah lima pantai paling berbahaya untuk dikunjungi yang kami ambil dari The Richest.

1. Pulau Utara Sentinel, Kepulauan Andaman, India

1628045pulau-sentinel-andaman780x390

Orang asli yang merupakan penduduk Pulau Utara Sentinel dikenali sangat kejam dan  tidak ramah terhadap orang. Pernah ada satu kejadian di mana penduduk asal menembak pesawat dari jauh dengan panahan api. Selain itu,terdapat  dua orang terkorban yang cuba melawan tetapi mereka dibunuh setelah mencuba memasuki pulau tersebut.

Pantai di pulau ini memang sangat indah dan masih terjaga. Tapi sayang, kerana penduduk asli pulau tersebut tidak mahu menerima orang luar.

2. Atol Bikini, Kepulauan Marshall

tumblr_me8iwmqz2w1rkz5ago1_500

Pantai ini memiliki keindahan yang melimpah ruah dan dikatakan sebagai syurga untuk mereka yang gemarkan aktiviti “diving”. Tapi sayangnya, pantai ini sangat berbahaya.

Banyak ikan yu ganas bekeliaran di perairan pantai ini. Selain itu, pada tahun 1946 dan 1958, wilayah ini pernah dijadikan tempat untuk menguji senjata nuklear. Walaupun kerajaan mereka menyatakan pantai ini bebas dari radiasi, tetapi mungkin ada sedikit kesan atau risiko yang sangat berbahaya.

3. Pantai Chowpatty, Mumbai, India

b57ac4eb8b809634c0f2127d9c3d294e

Pantai Chowpatty yang terletak di ibu kota Mumbai merupakan pantai paling terkenal di dunia. Namun sayang, pantai ini sudah tercemar kerana air kumbahan  dari ibu kota mengalir dari ke pantai ini.

Sekali dalam setahun, warga India berkumpul di pantai ini untuk meraikan festival Ganesha Chaturthi. Pada festival ini, orang-orang ini akan mencuci diri mereka di laut. Oleh sebab  airnya yang sudah tercemar, banyak orang  mengalami berbagai-bagai penyakit, termasuk penyakit kulit.

4. Pulau Fraser, Australia

pulau-fraser-australia-terkeren-di-dunia

Air pantai di Pulau Fraser, Australia ini sangat indah dan jernih serta dikurniakan pasir putih yang lembut. Tapi sayangnya, pantai ini banyak dihuni oleh haiwan-haiwan buas serta hidupan laut yang merbahaya seperti obor-obor. Di pantai ini juga terdapat buaya dan labah-labah paling berbisa di dunia. Oleh sebab  itu, kerajaan Australia melarang orang ramai untuk mengunjungi pantai tersebut.

5. Pantai Kilauea, Hawaii

canoe-volcano1

Kami tidak nafikan bahawa Hawaii memiliki banyak pantai yang sangat indah tetapi pantai yang menyandang gelaran sebagai pantai pasir hitam ini amatlah berbahaya.

Seperti yang kita semua tahu Hawaii merupakan rumah bagi gunung berapi aktif dan salah satunya adalah Gunung Kilauea. Meskipun Pantai Kilauea sangat indah dengan pasir hitamnya, tapi abu volkanik dari gunung berapi ini terlalu berbahaya buat orang awam. Kemungkinan juga air pantai ini telah tercemar kesan daripada abu volkanik yang beracun.

 

Sumber: The Richest

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close