O.K.U BERPENDAPATAN RM4,000 SEHARI
Siapa sangka seorang OKU mampu jana pendapatan sehingga RM4,000 sehari.
Hasil pencarian maklumat melalui Facebook dan temuramah bersama seorang usahawan muda yang cekal berusaha tanpa berputus asa, telah mengubah pandangan kami terhadap golongan OKU yang sentiasa dipandang sebagai golongan yang kurang berkemampuan dan sentiasa memerlukan bantuan.
Diharapkan artikel ini memberikan manfaat kepada para pembaca.
O.K.U
Bagi Syed Hassen Syed Abthazir, 28 tahun berasal dari Pulau Pinang. Beliau cacat penglihatan selepas kemalangan dengan motorsikal berkuasa tinggi pada tahun 2008.
Kesan daripada kemalangan berkenaan beliau kehilangan mata kiri dan disahkan buta mata kiri selamanya dan tidak dapat diganti walaupun mempunyai penderma kerana urat saraf yang telah dipotong.
Beliau kini meneruskan kehidupan hariannya dengan menggunakan mata kanan sahaja.
Dimaklumkan bahawa, pipi kiri beliau terpaksa dipasang plat besi akibat tulang pipi yang hancur.
Tulang belakang di kawasan leher juga mempunyai keretakan yang kecil dan perlu menggunakan kolar leher untuk seketika.
Kerana minat yang mendalam terhadap dunia permotoran, sehingga kini beliau masih menunggang motosikal berkuasa tinggi dan memiliki 2 buah motosikal berkuasa tinggi serta beberapa motosikal kapcai lain yang telah diubahsuai.
PERMULAAN SEBAGAI USAHAWAN
Pada tahun 2013, beliau telah memulakan perjalanan dengan menceburi bidang kereta sewa. Bermula dengan 13 buah kereta, 3 buah kereta adalah milik sendiri dan 10 buah kereta adalah hasil pelaburan daripada kenalan yang mengalami masalah untuk membayar ansuran bank dan beliau membantu telah mereka dengan membayar tungakan ansuran pada bank dan kereta berkenaan disewakan.
Tanpa disangka perniagaan beliau maju dalam sekelip mata sehingga selalu kehabisan kereta kerana mendapat permintaan yang sangat tinggi.
KERUGIAN YANG BESAR
Pelbagai masalah mula timbul satu demi satu kerana tiada mentor. Masalah dari pihak SPAD kerana tidak memiliki permit kereta sewa, penyewa melarikan kereta, diugut kerana menjadi pesaing dan pelbagai masalah lain yang rumit.
Puncak kejatuhan beliau apabila 3 buah kereta sewa terbabit dalam kemalangan yang serius serentak. 3 buah kereta yang disewa oleh pelajar universiti itu dikatakan berlumba sesama sendiri dan terbabas.
Akibat dari kemalangan berkenaan, beliau terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar kerana 2 buah kereta itu tidak dapat dibaiki akibat kerosakkan yang teruk kerana terbalik di lebuhraya.
Beliau mengambil keputusan untuk berhenti menjadi usahawan kereta sewa kerana segala keuntungan yang diraih telah hilang sekelip mata kerana terpaksa menanggung kerugian tersebut.
Akibat dari kejadian berkenaan, lebih dari enam bulan beliau cuba mencari jalan keluar kerana semua wang simpanan beliau telah habis digunakan.
BANGKIT KEMBALI
Bahagian bangkit kembali ini memang sangat mengujakan bagi kami kerana beliau bangkit secara berterusan dalam masa yang singkat.
Selepas 6 bulan bersusah payah mencari rezeki, beliau memulakan kembali perniagaan kereta sewa.
Kali ini dimulakan hanya bermodalkan dengan 2 buah kereta sendiri, beliau mendaftar sebagaifranchise dengan salah satu syarikat kereta sewa terbesar di Malaysia.
Hasil daripada menjadi wakil franchise syarikat kereta sewa berkenaan, beliau mendapat tunjuk ajar daripada mentor untuk menawarkan perkhidmatan kereta sewa kepada golongan yang melancong ke Pulau Pinang.
Bermula daripada tunjuk ajar mentor, sekarang beliau menjalankan perkhidmatan secara lebih profesional dengan menyewakan kereta kepada syarikat koporat.
Bahagian bangkit kembali ini memang sangat mengujakan bagi kami kerana beliau bangkit secara berterusan dalam masa yang singkat.
Selepas 6 bulan bersusah payah mencari rezeki, beliau memulakan kembali perniagaan kereta sewa.
Kali ini dimulakan hanya bermodalkan dengan 2 buah kereta sendiri, beliau mendaftar sebagaifranchise dengan salah satu syarikat kereta sewa terbesar di Malaysia.
Hasil daripada menjadi wakil franchise syarikat kereta sewa berkenaan, beliau mendapat tunjuk ajar daripada mentor untuk menawarkan perkhidmatan kereta sewa kepada golongan yang melancong ke Pulau Pinang.
Bermula daripada tunjuk ajar mentor, sekarang beliau menjalankan perkhidmatan secara lebih profesional dengan menyewakan kereta kepada syarikat koporat.
Setelah bersusah payah dan usaha yang berterusan, beliau menjumpai jalan baru untuk meraih pendapatan pasif dengan berniaga secara online.
Bermula dari menjual produk orang lain dengan berpendapatan dalam lingkungan RM2,000 pada bulan pertama, beliau terus gigih mencari sumber untuk belajar teknik berniaga secara online.
Selepas 2 bulan berusaha, beliau berjaya mendapatkan stok daripada pembekal utama dan terus mendapatkan produk dengan harga borong. Pada masa yang sama beliau banyak menimba ilmu daripada pelbagai usahawan lain untuk menjadi pakar dalam bidang yang diusahakan.
KEJAYAAN BERTERUSAN
Kini beliau telah memiliki beberapa jenis produk keluaran sendiri yang sesuai digunakan oleh golongan lelaki dan wanita.
Bersyukur dengan usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada wakil jualan yang berdaftar dengan beliau, produk yang dikeluarkan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran sehingga beliau terpaksa menambah bilangan pekerja untuk melancarkan urusan harian.
Pendapatan seharian beliau mula meningkat dari RM800 kepada RM4,000 sehari dalam tempoh 2 bulan selepas beliau aktif mempromosikan produk.
Atas sebab tertentu, kami tidak dibenarkan berkongsi maklumat produk yang dikeluarkan kerana beliau tidak mahu digelar mencari publisiti.
Kami juga dimaklumkan beliau sudah mula menceburi bidang pemakanan dan akan mula dipasarkan di beberapa lokasi tertentu untuk permulaan dalam masa terdekat.
BERKONGSI REZEKI
Sepanjang perbualan kami, beliau sangat menekankan supaya sentiasa berkongsi rezeki dan jangan takut untuk memberi serta membuka peluang kepada orang lain.
Mentor beliau berpesan supaya sentiasa bersedekah dan jangan sesekali meninggalkan amalan wajib dan penuhkan amalan sunat.
Ini nasihat paling penting beliau kongsikan. Kalau hendak meraih pendapatan RM10,000, pastikan sedekah RM1,000 dahulu dan rezeki untuk RM10,000 pasti tersedia. Yang penting kita perlu yakin dan usaha tanpa putus asa.
MEMBERI PELUANG
Konsep memberi peluang yang diamalkan sangat menarik bagi kami. Beliau memberikan produk kepada wakil jualan tanpa meminta bayaran pendahuluan. Wakil jualan tersebut akan membuat bayaran selepas produk tersebut dijual kepada pelanggan.
Kami ada bertanyakan bagaimana mana jika hasil jualan itu dilarikan? Beliau hanya berkata, jika hasil jualan dilarikan, bahagian itu bukan miliknya dan rezeki itu masih luas.
Tujuan beliau buat sedemikian adalah untuk membantu menambah nilai hidup orang lain sekadar yang mampu dengan berkongsi rezeki yang diberikan.
Setakat ini tiada lagi wakil jualan beliau yang melarikan hasil jualan. Ini mungkin kerana kesungguhan beliau yang ikhlas untuk membantu bangsa sendiri agar berjaya bersama dan keluar dari kesempitan hidup untuk mencapai kejayaan.
PESANAN DAN HARAPAN
Beliau berharap bangsa sendiri bangkit untuk berusaha mengukuhkan ekonomi dan keluar dari zon selesa. Beliau juga berharap lebih ramai lagi yang berusaha untuk menambahkan pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga.
Sumber dari Facebook SYED HASSEN dan ditemuramah oleh MOHD HISHAM AMIN







0 comments:
Post a Comment