Sebagai seorang doktor, pastinya mereka menghadapi pelbagai jenis penyakit dan ragam pesakit saban hari. Kami percaya doktor lebih professional, berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes yang diadukan pesakit.
Di laman facebook seorang remaja telah memuatnaik satu status tidak berpuas hati dengan doktor yang mahunya melakukan ujian kehamilan sedangkan dia belum berkahwin. Oleh itu, seorang doktor telah tampil menjelaskan mengapa ujian kehamilan perlu dilakukan kerana beliau telah berpengalaman luas dengan isu ‘baby ajaib’ sebelum ini.
Apabila pesakit mengadu sakit perut, ujian kehamilan dilakukan untuk kesan ectopic pregnancy (kandungan luar rahim)
Ectopic pregnancy sangat bahaya kerana berpotensi meragut nyawa
Tak kahwin takkanlah boleh ectopic pregnancy?
Sudah banyak kes, bersumpah mustahil mengandung tapi bila scan baby senyum kat kami
Kami lakukannya untuk selamatkan nyawa anda/anak anda!
Jika mustahil mengandung, jalani saja ujian. Apa nak takut?
Tidak ada elemen sexism, pilih bulu atau pandang serong. We are just doing our job.
Apa salahnya terima pendapat dan saranan doktor yang lebih berilmu dan berpengalaman dalam kes sebegini kerana itu melibatkan nyawa kita sendiri. Kalau tak tahu kenalah bertanya dan jangan menyangkal secara membuta tuli sahaja. Doktor pun manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.
sumber: Abdul Rahman Abdul Kadir
0 comments:
Post a Comment