Informasi

8 Fakta Menarik Tentang Dr. Zakir Naik Penceramah Agama Tersohor Dari India..!!!

KUALA LUMPUR: BERITA kunjungan penceramah agama tersohor dari India, Dr Zakir Abdul Karim Naik, telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam negara, dan lebih hangat dalam masa beberapa hari ini.

Sebahagian daripada masyarakat Malaysia amat ternanti-nanti akan kedatangannya malah ingin mengikuti majlis ceramah yang mengasah ketajaman pemikiran, khususnya tentang pemahaman dan penilaian berlandaskan perspektif agama Islam.

Namun, dalam masa yang sama, sebahagian lagi masyarakat menganggapnya sebagai 'ancaman', kerana kepetahannya berdebat dilihat 'boleh mencetuskan perbalahan dan ketegangan agama'.

Selepas berjaya menarik perhatian dengan kemunculan di Terengganu pada Ahad, Dr Zakir menjadi topik hangat apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan agar ceramahnya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak diteruskan atas sebab ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Penceramah yang melepasi usia setengah abad itu dijadual menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam).

Isu Dr Zakir kini menjadi perbualan hangat di Malaysia, tetapi sejauh manakah kita mengenali beliau?

[Kemaskini] Dr Zakir Naik dibenarkan meneruskan sesi ceramahnya di Melaka Ahad ini, tetapi dengan tajuk yang berbeza. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia perlu lebih sesuai dan tidak menyentuh sesitiviti agama masyarakat di negara ini.


Ceramah boleh diteruskan, tetapi dengan tajuk berbeza


Dr Zakir bukan saja mampu memetik ayat dan penjelasan dari al-Quran dan hadis, malah mengetahui intipati kitab-kitab agama lain. 

Teruskan Selongkar...

Teruskan Selongkar »

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close