Artis

[VIDEO] Pelukan Erat Zul Ariffin & Ayda Jebat Dalam M.A.I.D Buat Penonton ‘Sakit Mata’

ohbulanmaid
Selepas kejayaan drama Rindu Awak 200 Peratus, pasangan serasi Zul Ariffin dan Ayda Jebat sekali lagi digandingkan menerusi drama terbaru arahan Michael Ang iaitu M.A.I.D.

Sejak drama tersebut ditayangkan, pelbagai rungutan sudah dilemparkan penonton. Menurut mereka beberapa adegan mesra seperti berpelukan di atas katil amat tidak sesuai untuk dimainkan di kaca televisyen.

Watak suami isteri

Screen Shot 2015-07-09 at 9.19.45 PM
Jika sebelum ini drama Dia Isteri Luar Biasa dikritik hebat dek kerana adegan mesra yang ‘keterlaluan’, kini giliran drama adaptasi novel M.A.I.D.
Walaupun melakonkan watak Ayda Jebat dan Zul Ariffin melakonkan watak suami isteri di dalam drama tersebut, aksi mesra itu nyata menerima reaksi kurang senang penonton.

Peluk erat atas katil?

Menurut mereka, aksi tersebut sepatutnya dipotong sebelum ditayangkan kepada umum.Tambahan pula sekarang ini bulan Ramadan kan.
Apa-apa pun kita tunggu reaksi pengarah drama berkenaan memandangkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) sudah mengeluarkan garis panduan baru yang harus dipatuhi. Katanya 30 Jun hari itu mula dikuatkuasa.
Screen Shot 2015-07-09 at 9.09.05 PMScreen Shot 2015-07-09 at 9.10.05 PM

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close