TERKEJUT! Lihat Anak kecil dirakam bergayut di tingkap

Anak kecil dirakam bergayut di tingkap
Sedutan rakaman yang viral di Youtube

TERKEJUT! Lihat Anak kecil dirakam bergayut di tingkap

RAKAMAN seorang kanak-kanak keluar dari tingkap di tingkat tiga sebuah bangunan di Brazil bakal menggerunkan hati ibu bapa di serata dunia.

Menurut laporan Mirror, kanak-kanak tersebut dilihat keluar dan berjalan di bibir tingkap dan bergayut di lokasi tersebut selama hampir seminit sebelum dibawa masuk oleh penjaganya.
Kejadian tersebut didakwa dirakam pada Ahad lepas dan telah dimuat naik ke laman Youtube sejak semalam.

Selepas kejadian tersebut viral di laman sosial, pekerja sosial melawat keluarga kanak-kanak berkenaan yang terletak di Guara II, Brasilia.

Datuk kanak-kanak tersebut memberitahu terdapat jaring nipis yang telah dipasang di tingkap berkenaan namun tidak dapat dilihat dengan jelas di dalam rakaman.

Wartawan tempatan mengesahkan terdapat jaring di tingkap tersebut.

Walau bagaimanapun, amaran telah dikeluarkan oleh pekerja sosial terhadap keluarga kanak-kanak tersebut.

Ketua Jabatan Bomba Guara II, Wellington Amaral menggesa ibu bapa supaya memastikan keselamatan anak-anak mereka terjamin.

*nak tengok video cari dekat Utube

sumber sinar harian

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close