Tidak mahu terus peminat tertanya-tanya, Zizan Razak akhirnya mengakui bahawa dia pernah keluar menonton wayang bersama bekas isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof, Vie Syanty namun dalam masa yang sama, mereka turut ditemani keluarga masing-masing.
Kami hanya berkawan dan kalau kami berjumpa pun, ia berkaitan dengan urusan perniagaan. Kalau boleh, saya tak mahu komen panjang mengenai perkara iniYa, saya memang pernah keluar menonton wayang dengannya tetapi bukan keluar berdua. Saya ditemani dengan keluarga saya, begitu juga dengan dia. Hubungan yang terjalin di antara saya dan dia hanya sekadar teman sahaja
Dia sendiri pun pernah mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram miliknya sebelum ini, jadi saya rasa itu sudah cukup, katanya kepadamStar Online. Apa pun, semoga Zizan sentiasa tabah menghadapi dugaan mendatang
0 comments:
Post a Comment