Raya ke 3 family dia dtg meminang aku dan kami bertunang hanya dalam tempoh masa 5 bln kami di ijab qabulkan..alhamdulillah..
Statement ni buat aku nak kongsi pengalaman kami dalam tempoh mase 5 bln bertunang..
Dugaan yg kami terpaksa hadap adalah apabila hati kami kian berubah dari semasa ke semasa..
Dalam tempoh ini dia hanya nampak keburukan dan kelemahan aku sahaja dan begitu juga aku..
Lebih perit apabila datang org ke tiga dlm kehidupan kami..perasaan jadi x yakin dengan hubungan yg hampir 8 tahun kami bina..hanya dlm tempoh 3 bln sebelum nikah dtg org baru dlm kehidupan dia dan aku..
Masing2 jadi keliru dengan perasaan sendiri..
Persoalan 'patut ke aku kahwin dengan dia?' Mula bermain di kepala..
Time ni juga muncul laki yg jauh lbh baik drpd dia dlm kehidupan aku dan begitu juga dia dimana muncul perempuan yg lbh baik di pandangannya..
Perasaan kami mula berbelah bagi..
Sehinggakan 1 tahap aku buat keputusan utk putus kn ikatan pertunangan kami 1 minggu sebelum kami di ijab qabul kan..
Saat ni hubungan kami semakin goyah dan semakin musnah..
3 hari sebelum majlis,aku buat solat istikharah..mengadu dengan Allah ape yg aku tgh rasa dan Allah maha mengetahui keesokan hari nye aku rase tenang sgt dan hati ni kuat mengatakan yg dia adalah jodoh yg terbaik untuk aku..
12.12 aku sah bergelar isteri kepada suami ku dengan sekali lafaz dan kami jadi kan setiap dugaan yg berlaku sebagai penaik semangat utk kami sentiase mendekatkan diri dengan Allah..
Pada yang da bertunang dan yg akn bertunang sy nasihatkan kena kuat..pertahan kan hubungan yg dah di bina..
Bukan senang nk bina masjid..
Byk kan doa supaya xde bisikan atau hasutan daripada iblis yg nak meruntuhkan hubungan kita..
Saat kau menjadi tunangan orang kau akan nampak perempuan atau lelaki lain yg jauh lebih baik daripada kau..
Percayalah bahawa itu semua kerja syaitan yg berusaha meruntuhkan hubungan ikhlas yg telah dan akan dibina..
0 comments:
Post a Comment