Artis

3 Kejadian paling memeranjatkan di Majlis Perkahwinan Anzalna & Hanif yang ramai tak perasaan malam tadi


Malam tadi telah berlangsungnya majlis resepsi aktres jelita Anzalna Nasir dan pilihan hatinya, Hanif Zaki diGrand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur. Bertemakan Royal British/Fairytale, resepsi tersebut berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah dengan kehadiran rakan artis yang meraikan perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini.

Menariknya, majlis gilang-gemilang kedua mempelai ini menampilkan kelainan daripada majlis resepsi artis-artis lain. Jom ushar 3 perkara unik dalam resepsi #Hanzalna ini!

1. Gaun Pengantin Anzalna BUKAN Berwarna Putih!




Sesuai dengan tema Royal British/Fairytale, gaun pengantin Anzalna ini memukau setiap tetamu yang hadir. Jika warna putih sudah terlalu klise dipakai pengantin pada hari bahagia mereka, Anzalna bijak memilih gaun berwarna-warni yang menyenangkan pandangan mata. Ternyata kelainan ini menjadi!


Gaun unik tersebut adalah hasil ilham dan rekaan kreatif Teuku Putra Aziz. Ia turut mendapat pujian pereka fesyen tempatan dan berprofil tinggi, Rizalman Ibrahim.
2. Doorgift by Dior!




Baju dah ikut tema, of course lah doorgift pun nak ikut tema, kan? Hebatnya, doorgift resepsi ini ditaja oleh jenama wangian dan kosmetik British terkenal iaitu Dior.

Memang gempak dan lain dari yang lain, rakan artis macam Hanis Zalikha dan Nora Danish punexcited upload gambar doorgift unik ni di Instagram mereka!
3. Baju Fazura ‘setanding’ Pengantin!


Selain gaun Anzalna, busana yang disarung Fazura mencuri perhatian mereka yang hadir di majlis resepsi #Hanzalna malam tadi. Kebaya moden yang ditempah khas itu adalah hasil rekaan Rizman Ruzaini.




Baju cantik dipakai oleh orang cantik, bertambah cantiklah jadinya. Tengoklah tu, sampai rakan-rakan artis pun tak nak lepaskan peluang bergambar dengan Fazura!

Nah, kami belanja lagi gambar-gambar sekitar majlis resepsi #Hanzalna ini buat tatapan anda!







Kami dari OhBulan mendoakan kebahagiaan Anzalna dan Hanif sehingga ke akhir hayat. Semoga dapat membina rumahtangga yang mawaddah, sakinah dan warahmah sepanjang masa. Amin.

Sumber: Ohbulan

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close