Kurang 24 jam pembaca setia produk keluaran Kumpulan Media Karangkraf untuk merebut kira-kira 1,000 helai tudung yang diberikan percuma sepanjang tiga hariKarnival Karangkraf 2016 yang akan berakhir esok.
Pengurus Integrasi Pemasaran Komunikasinya, Charl Fitry berkata pengunjung perlu merebut peluang keemasan ini dengan setiap pembelian majalah Hijabista, Nur dan Dara pada karnival itu.
“Booth yang mendapat sambutan pastinya majalah keluaran Karangkraf iaitu Hijabista, Nur dan Dara yang memberikan 6,000 helai tudung percuma kepada pengunjung yang membeli majalah tersebut.
“Sekarang dianggarkan daripada 1,000 helai tudung yang tinggal, jadi datang beramai-ramai, rebut peluang ini kerana tawaran sah sepanjang tiga hari karnival kali ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Charl juga berkata, selain tawaran diskaun dan hadiah menarik, pengunjung juga berpeluang bertemu secara langsung bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada jam 4.00 petang, esok.
“Pengunjung-pengunjung boleh datang kalau hendak bertemu mesra secara live dan beliau akan hadir pada karnival esok pada pukul 4.00 petang.
“Orang ramai juga boleh melihat booth beliau yang mempamerkan pakaian dan makanan angkasa lepas ketika beliau berada di International Space Station (ISS) selama 10 hari dan pengunjung juga boleh mendapatkan cenderahati,” jelasnya.
Katanya lagi, seramai 1,000 penunggang basikal akan mengayuh basikal sejauh 25 kilometer sekitar bandaraya Shah Alam yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 10.00 pagi.
“Acara besar kita esok pagi di mana pertama kali kita menganjurkan Karangkraf Fun Ride yang melibatkan 1,000 orang penunggang basikal yang akan berkayuh melalui beberapa kawasan termasuk Dataran Kemerdekaan dan akan tamat di pejabat Karangkraf,” ujarnya.
Selain itu, katanya lagi, Rumah Ngaji akan mengadakan program mengaji secara beramai-ramai selama sejam pada jam 5.00 petang nanti.
Tambah beliau, karnival yang bakal melabuhkan tirainya, hari ini diharap dapat mencatatkan kehadiran pengunjung jauh lebih besar berbanding tahun lepas.
“Kita pernah mencatatkan kehadiran 300,000 pengunjung selama tiga hari pada karnival tahun lalu, dan kami harap catat itu dapat dicapai dan mungkin lebih kerana tarikan kali ini ialah dengan jualan buku serendah RM1.00,” katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment