Jenayah

VIDEO SATU KELUARGA KANTOI CUBA CURI TABUNG MASJID

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi seorang lelaki
yang kantoi ingin mencuri tabung di masjid Jamek Paka, Terengganu tersebar di media sosial.
Tidak diketahui waktu dan tarikh sebenar kejadian, namun menurut netizen kejadian dikatakan berlaku kira-kira pada minggu lalu kira-kira jam 11 pagi.
Menerusi video, seorang lelaki yang dilihat memandu kereta jenis Proton Perdana bernombor pendaftaran JGV 1888, keluar dari kenderaannya bersama dengan beberapa individu lain yang dipercayai adalah ahli keluarganya.
Curi tabung masjid bawa keluarga sekali oleh mynewshub
Kerlibat wanita yang dipercayai isterinya seperti sudah dirancang apabila wanita terbabit menuju ke bahagian solat wanita bersama anak perempuannya, manakala suspek bersama anak lelakinya menuju ke bahagian solat lelaki bagi melakukkan dua tugasan serentak.
Tidak beberapa lama kemudian, suspek dilihat sedang cuba membuka peti tabung masjid setelah melakukan tinjauan di kawasan berkenaan bagi memastikan keadaan selamat.
Bagaimanapun, suspek gagal berbuat demikian setelah perbuatannya disedari oleh seorang lelaki bernama Pak Awang.
Suspek yang cemas pada mulanya telah disoal oleh lelaki berusia 50-an terbabit, namun gerak gerinya yang mencurigakan telah dihadiahkansepakan .
Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan balai polis berdekatan berkenaan perkara ini.

Sumber: mynewshub

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close