Berita

Terima surat tunjuk sebab gara-gara kutuk Najib dan Ahmad Maslan


Gara-gara memuat naik kenyataan negatif mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Dato’ Ahmad Maslan di Facebook, seorang penjawat awam wanita menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.  Nadia Liana Mohd Rashidi, menerima surat itu kelmarin yang memberinya tempoh selama 7 hari untuk memberi sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib.  Dalam surat yang ditandatangan oleh pegawai Kemas, Ahmad Mazuki Salleh, mana-mana penjawat awam yang ingin membuat kenyataan di media sosial hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak menterinya terlebih dahulu.

“Sebagai seorang penjawat awam, beliau seharusnya tahu peraturan-peraturan pegawai awam yang perlu dipatuhi.  Kenyataan beliau di Facebook itu boleh mendatangkan prasangka / persepsi buruk dan boleh memalukan / memburukkan nama Jabatan,  Kerajaan dan khususnya Perkhidmatan Awam.  “Tindakan beliau yang tidak bertanggungjawab itu boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Perkara 4(2), Perkara 19(1) dan 19(2) Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.  Surat tersebut viral di media sosial dan mendapat perhatian dari netizen yang rata-ratanya menganggap tiada lagi kebebasan bersuara bagi penjawat awam.
“Kesiannya,  tiada lagi kebebasan berusara. Kalau macam itu, minta kerajaan beli zip jahit mulut staff yang lantang bersuara.”  kata Dur Sue.  “Kiranya penjawat awam makan taik sajalah kalau orang-orang atasan buat kenyataan bodoh-bodoh? Mana kebebasan bersuara?  Kata Malaysia ini negara demokrasi,” soal Yamada Takeshi

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close