Sensasi

'SEDIHNYA TENGOK ALBUM KAHWIN YANG TERUK INI'

Hari persandingan hanyalah sekali seumur hidup (kecuali anda gatal nak kahwin lagi) dan saat-saat itu pasti anda mahu rakamkan untuk dijadikan sebagai kenangan di masa akan datang. Namun, pasangan ini pula menerima hasil bidikkan lensa yang kurang memuaskan dari jurufoto yang kurang berpengalaman.

Difahamkan, mangsa, Erina Ariana, membayar jurufoto terbabit pada harga RM500. Namun mereka hanya album itu beberapa bulan kemudian dengan hasil yang amat mengecewakan.

"Sedihnya yang teramat tengok album kahwin. Rasa macam nak bersanding sekali lagi dan rakam gambar sendiri," luah Erina di Facebook group Pelamin Pengantin & Hantaran.

"Tunggu berbulan-bulan, hasil macam itu yang awak bagi pada saya? Terima kasih sangat-sangat cik Nurasyikin dan suami. Please, jangan buat pada orang lain. Nasib saya, saya terima," katanya. 





Inilah yang orang kata, 'orang buat bisnes photography, kau pun sibuk nak buat bisnes yang sama tanpa sebarang ilmu yang mencukupi'. 

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Erina, hampir keseluruhan gambar dirinya tidak ditonjolkan dengan jelas dalam album tersebut. Ada yang tidak nampak kepala, kedudukan pengantin pula di bahagian pelipat album, gambar pengantin terpejam mata juga turut digunakan. 

Bagi bakal-bakal pengantin, pilihlah jurufoto yang benar-benar berpengalaman agar perkara seperti ini tidak berlaku.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close