Jenayah

PEMBELI CURI TROLI BAKUL JADI TREND DI SINGAPURA

SINGAPURA Anda pasti biasa melihat nota di pintu masuk pasar raya di sini yang mengingatkan pelanggan bahawa troli barang hanya untuk penggunaan di dalam kawasan pasar raya atau pusat membeli belah tersebut.
Peringatan itu dikeluarkan selepas didapati banyak troli bakul plastik hilang akibat disorong pulang oleh pembeli; mungkin kerana reka bentuknya yang beroda kecil di dasar bakul dan ada pemegang tangan seperti galah pendek.
Menurut jurucakap Sheng Siong, pasar raya tempatan itu merekodkan kehilangan secara purata 180 troli bakul setiap bulan sepanjang tahun lalu; semuanya dicuri pelanggan secara tidak sengaja membawa balik ke rumah.
Manakala Cold Storage, yang mengendalikan rangkaian pasar raya Giant di sini, menyatakan sebuah cawangannya di Jurong East kehilangan sejumlah 600 troli bakul pada tahun lalu, iaitu rekod tertinggi di seluruh negara.
Pihak pengurusan pasar raya tersebut telah membuat laporan polis mengenai ratusan kehilangan troli bakul dan paling dahsyat menurut Cold Storage, kes-kes serupa turut terjadi di semua 47 buah cawangannya yang lain.
Bagaimanapun stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan, masalah berkenaan dapat diatasi apabila pembeli diingatkan untuk tidak membawa keluar troli bakul tersebut melepasi kaunter bayaran.
Singapura mempunyai ratusan buah pasar raya dengan paling besar ialah rangkaian NTUC FairPrice yang kini memiliki sejumlah 100 cawangan diikuti Cold Storage serta Sheng Siong yang menguruskan 37 cawangan.
Keadaan lebih teruk dialami NTUC FairPrice apabila mereka kehilangan purata kira-kira 1,000 unit troli besar atau lazim disebut shopping carts trolley pada setiap bulan daripada kesemua cawangan pasar raya berkenaan.
Ini menyebabkan mereka terpaksa berbelanja S$150,000 (RM460,000) setahun bagi menggantikan troli yang dicuri manakala Sheng Siong pula melaporkan hilang sebanyak 90 unit troli sedemikian pada setiap bulan.
Pihak polis Singapura menganggarkan hampir 300,000 troli jenis itu berjaya dicuri setiap tahun dari kesemua pasar raya tempatan oleh pelanggan yang mungkin malas hendak meletakkannya semula di tempat asal.
Agensi/Mynewshub.cc

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close