Kebiasaannya, kalau seseorang itu demam denggi tentu pasti akan ada yang menyarankan supaya guna da…
Kebiasaannya, kalau seseorang itu demam denggi tentu pasti akan ada yang menyarankan supaya guna daun betik untuk dijadikan penawar. Namun, sangkaan itu adalah tidak benar sekali.
Tapi sebenarnya, daun betik itu bukan penawar sebenar bagi demam denggi malah boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekaligus boleh membawa maut kepada mereka yang mengamalkan pemakanan daun tersebut.
Menurut Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr. A Krishnan, ramai dalam kalangan pesakit demam denggi di negara ini diberi daun betik yang kononnya boleh mengubati penyakit terbabit dengan lebih cepat dan berkesan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa daun betik tiada khasiat dan hanya akan menyebabkan pesakit akan menghidap penyakit lain.
Saya sudah membuat kajian mengenai penggunaan daun betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya tumbuhan itu tidak membantu, malah berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.
Oleh itu, penggunaan daun betik perlu dihentikan serta-merta kerana menjadikan pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem imunisasi turut terganggu.
Prof Dr. A Krishnan menasihati orang ramai supaya memberhentikan penggunaan daun betik dalam kehidupan seharian.
Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil sebarang makanan yang boleh memudaratkan kesihatan walaupun ia adalah daripada turun temurun kerana kesannya boleh dilihat dalam jangka panjang apabila seseorang sentiasa sakit dan menghidap penyakit kronik.
Oleh itu, orang ramai harus menitik berat tentang perkara ini supaya ia tidak berlarutan dan menyebabkan kita kehilangan orang yang tersayang.
0 comments:
Post a Comment