Berita

Guru diserang, dakwa cuba dihalau dari SJKC

Dia mendakwa masyarakat Cina tidak perlukan guru-guru Melayu untuk mengajar di SJKC Pai Chee
guru-diserang
PETALING JAYA: Seorang guru perempuan terpaksa membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya terancam selepas diserang bapa kepada seorang anak muridnya.report
Kejadian berlaku jam 12.20 tengahari di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, semalam.
Guru terbabit Salina Daud, 49, mendakwa lelaki terbabit, Ng See How telah memarahinya dan membaling buku-buku dan alatan mengajar ke arahnya.
Dalam laporan polis, Salina mendakwa, lelaki itu menyerangnya kerana tidak puas hati tindakan dia memarahi anak lelaki tersebut.
Salina mendakwa, dia telah memarahi anak lelaki itu kerana memakinya tanpa sebab dalam Bahasa Cina pada 5 Januari lalu.
Dia membuat laporan itu Ibu Pejabat Polis Mersing pada jam 4.10 petang semalam.
Laporan polis itu telah menjadi viral dan dikongsi di laman sosial terutama Facebook.
Dalam laporan polis itu juga, Salina mendakwa sudah wujud insiden perkauman di sekolah tersebut di mana guru besarnya pernah mencuba untuk menghalau guru-guru Melayu di situ.
“Pada 19hb November 2015, guru besar SJK (C) Pai Chee pernah menghalau saya dan dua orang guru lagi iaitu Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida.
“Dengan mengatakan bahawa masyarakat Cina Pai Chee tidak mahu guru-guru Melayu (kami) mengajar di SJKC Pai Chee.
“Guru Besar juga telah menemui PPD (Pusat Pendidikan Daerah) dan meminta supaya kami dikeluarkan dari SJKC Pai Chee atas sebab-sebab guru-guru Melayu tidak pandai mengajar dan tidak memberikan kerjasama.
“Saya membuat laporan ini kerana merasakan diri saya dan dua orang Guru Melayu (Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida) tidak selamat lagi berada di sekolah SJKC Pai Chee,” katanya.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close