Kesihatan

Dilema Lelaki Hanya Miliki Alat Sulit Sepanjang 1 Inci

SEORANG lelaki menyangka hanya dia seorang sahaja lelaki di dunia ini yang mempunyai alat sulit sepanjang satu inci tetapi rupa-rupanya, sangkaannya tidak benar.
Sebaliknya keadaan yang dialami oleh Steve Baker, 69, yang dikenali sebagai hypospadias, berlaku kepada setiap seorang daripada 125 lelaki di seluruh dunia.
Malah dianggarkan 1,500 pembedahan telah dijalankan bagi membetulkan keadaan zakar itu di Britain, setiap tahun.
Menurut Steve, keadaan yang dialaminya itu telah menjejaskan keyakinan diri dan perseonalitinya kerana dalam masyarakat masa kini, panjang dan pendek alat sulit menjadi sesuatu yang dipenting.
“Keadaan ini sama seperti satu penyeksaan,’’ katanya.
Steve yang merupakan seorang peladang akhirnya berpindah ke New Zealand.
Meskipun adik beradiknya tidak pernah mengejek Steve namun dia telah menjalani pembedahan pada usia 21 tahun, namun pembedahan itu mendatangkan lebih banyak masalah kepadanya.
Dia kemudiannya bercinta dengan kakak kepada kawan baiknya sendiri dan berkahwin.
Mereka mempunyai dua anak lelaki namun perkahwinan itu tidak kekal lama dan bercerai pada 2001.
“Kami tidak ditakdirkan untuk bersama, seks amat sukar,’’ katanya.
Sejak itu, Steve tidak lagi menjalinkan hubungan yang `sempurna’. Dia kini sudah bersara dan menikmati aktiviti seperti mendaki, berbasikal dan bermain badminton. –Mynewshub.cc

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close