Umum

Demi Kebahagiaan Anak, Nenek Ini Sanggup Lahirkan Cucu Sendiri



BARANGKALI inilah yang dikatakan, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya itu adalah luar biasa.
Demi merealisasikan impian anak perempuannya yang menginginkan cahaya mata, seorang wanita dari Amerika Syarikat sanggup mengambil risiko dengan melahirkan cucunya sendiri.
Tracey Thompson, 54; bertekad menawarkan diri selepas simpati dengan nasib anaknya Kelley McKissack, 28; yang disahkan mandul selepas tiga kali mengalami keguguran.

Baca: Ibu Derma Rahim Untuk Anaknya Boleh Bersalin

tracey-thompson-and-kelley-mckissack_1_.jpg1.PNG
Pada Rabu lalu, Thompson telah selamat melahirkan bayi perempuan iaitu cucunya sendiri yang diberi nama Kelcey di sebuah pusat rawatan di Plato, Texas.
Terharu dengan pengorbanan ibunya, McKissack menyifatkan kelahiran bayi perempuan itu sebagai hadiah terbaik pernah diterima dalam hidupnya.
Menurut laporan Metro.co.uk, Thompson telah pun menghadapi menopause sejak tujuh tajuh lalu. Namun, doktor telah melakukan rawatan implan embrio ke dalam rahimnya supaya membolehkan dia mengandungkan cucunya.
Doktor yang menjalankan prosedur tersebut iaitu Dr. Yusuf Leveno turut menyifatkan kejadian ini sebagai ‘keajaiban’. – AGENSI/MYNEWSHUB.CC

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close