Artis

CHE TA NAK BELIKAN NISSAN GTR UNTUK ANAK

JIKA sebelum ini, Rozita Che Wan pernah menghadiahkan sebuah kereta jenis BMW kepada anak sulungnya, Ammar Effendy, kini dia berniat untuk membelikan kereta jenis Nissan GTR pula buat anak keduanya, Aniq Ezzra.
Ammar berjaya mendapat kereta idamannya ini atas tiket berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa tahun lalu.
Ammar bersama kereta BMW miliknya.
Ammar bersama kereta BMW miliknya.
Kini, Aniq, 18, yang sedang menunggu keputusan peperiksaannya ini bakal diberikan Nissan GTR sekiranya keputusan peperikasaannya cemerlang seperti abangnya.
Che Ta berkata, Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran,
Keluarga bahagia Rozita Che Wan.
Keluarga bahagia Rozita Che Wan.
Pelakon yang juga merupakan isteri kepada pelakon, Zain Saidin, 31, juga berkata, Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha.
Selain Ammar dan Aniq, Che Ta, 43, juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 1, hasil perkahwinannya dengan Zain. MYNEWSHUB.CC
Sumber: Harian Metro
Sumber: mynewshub

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close