#Belum diketahui dengan pasti siapa identiti kanak-kanak perempuan ini, ayah dari anaknya atau bagaimana anak perempuan 10 tahun boleh berada dalam keadaan yang jauh melewati umurnya tersebut. Penduduk di tempat tinggal anak perempuan ini enggan memberikan maklumat. Menurut laporan yang tersebar anak perempuan ini berasal dari Suku Wayuu, sebuah suku yang berada di luar kuasa undang-undang Colombia. Seorang ahli menyatakan masalah seperti ini kerap terjadi dalam suku Wayuu.
#"Kami telah sering melihat kes serupa pada kanak-kanak perempuan di Suku Wayuu," kata Efrain Pacheco Casadiego, pengarah hospital tempat anak perempuan ini melahirkan. Akhir tahun lalu seorang budak perempuan Mexico usia 10 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. Pada Ogos 2010 seorang budak perempuan usia 11 tahun melahirkan anak pertamanya setelah ia ditolak proses pengguguran.
#Di Colombia pengguguran adalah tindak haram. Menurut undang-undang tahun 2006 pengguguran baru dibenarkan apabila terdapat ancaman terhadap nyawa si ibu, apabila janinnya kurang upaya, atau jika kehamilan si ibu berasal dari perkosaan. Keadaan pengecualian terkini dibuat setelah ada kejadian seorang kanak-kanak perempaun 11 tahun dihamili ayah angkatnya sendiri - The News Media
0 comments:
Post a Comment