Berita

BACAAN JAUNDIS BAYI INI CECAH 1032 BADAN MATA TUKAR KUNING

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. itulah nasib yang menimpa adik Muhammad Ajmal Nawfal Mohd Rizal, 12 bulan yang disahkan menghidap penyakit kegagalan fungsi hati (Biliary Atresia) tahap kronik.
Lebih memeritkan, bayi inimemerlukan pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya.
12346406_10153771256502748_7784780525286844779_n
Kisah bayi malang itu menjadi viral di laman sosial sejak tiga minggu lalu berikutan dalam usaha mendapatkan sumbangan.
Menurut ibu bayi ini, Sayunawati Yahya, 34, diamula mengesan sesuatu tidak kena terhadap kesihatan anaknya ketika tempoh pantang apabila bibir anaknya pucat.
Risau dengan hal itu, Sayunawati kemudian pergi mendapatkan rawatan sebelum doktor mengesahkan anaknya menghidapmasalah kegagalan fungsi hati.
Muhammad Ajmal Nawfal dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan buang saluran dan hempedu tersumbat serta membuat pintasan dari hati ke usus besar menggunakan usus kecil.
Malangnya, selepas tiga bulan pembedahan itu bacaan jaundis (kuning) pada anak meningkat mencecah 400.
Keadaan anak semakin teruk dan bacaan jaundis terkininya mencecah 1,032, seluruh tubuh badan, mata dan air matanya berwarna kuning, ujarnya.
Tambah ibu tiga anak ini, doktor turut menyarankan anaknya menjalani pemindahan hati namun kos rawatan itu tertalu tinggi mencecah RM250,000.
Bayi ini kini ditempatkan diUnit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank, 556235308636 (Sayunawati) dan CIMB 7016156556 (Mohd Rizal) atau hubungi 012 962 0719 (Sayunawati). MYNEWSHUB.CC
Sumber: mynewshub

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close