Berita

Typical ‘Jantan Melayu’! – Ida Nerina Bengang Pelarian Wanita Syria Jadi Bahan Lawak

Rasanya semua orang sedia maklum tentang pergolakan yang melanda Syria ketika ini. Akibat pergolakan tersebut juga, ramai rakyatnya ‘melarikan’ diri mencari perlindungan di negara jiran. Sanggup menggadai nyawa demi mendapatkan perlindungan selamat.
Namun satu status beserta foto yang dimuat naik oleh seorang lelaki ini tentang pelarian Syria mendapat perhatian netizen. Status itu turut mendapat perhatian pelakon Ida Nerina yang menganggap ianya sebagai melampau.

“Anak dara Malaysia jangan jual mahal”

Status yang dikongsi oleh lelaki itu mendapat pelbagai respon dari pengguna Facebook. Walaupun statusnya itu lebih kepada gurauan namun ia telah mendapat perhatian pelakon Ida Nerina.

“Typical jantan melayu”

Mungkin apa yang dikesalkan ialah ‘lawak’ yang agar keterlaluan tentang pelarian wanita Syria tersebut malah mengugut wanita Malaysia.
Terpulang macam mana penerimaan korang terhadap status lelaki itu. Apa-apa pun harap mereka dapat perlindungan sewajarnya jika benar telah tiba ke Malaysia.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close