“Sudah-sudahlah” – Miss Universe 2015
New York – Miss Universe 2015, Pia Alonzo Wurtzbach mahu peminat dan pemerhati berhenti bertelagah mengenai kesilapan yang berlaku di pentas akhir pertandingan Miss Universe baru-baru ini.
“Kepada semua peminat yang masih bergaduh hal ini, sudah-sudahlah.
“Pertubuhan Miss Universe berusaha menyatukan wanita di seluruh dunia.
“Bertelagah dan menghantar mesej kebencian hanya akan merosakkan keseluruhan tujuan ia diadakan,” katanya di Instagramnya.
Dia juga menulis kepada Ratu Colombia: “Anda wanita luar biasa dan kita terikat bersama kerana pengalaman yang unik.
“Sepanjang tiga minggu bersama, saya melihat kekuatan dan kecantikan luaran serta dalaman anda.
“Anda mewakili negara anda dengan penuh hormat dan saya percaya, semua orang berbangga dengan anda. Takdir ada perancangan untuk anda dan saya teruja untuk melihatnya.”
Buat pertama kali juga, dia meluahkan makna kemenangan sebagai Miss Universe kepadanya dan negaranya.
“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bertuahnya saya. Ia satu perjalanan menakjubkan untuk berada di sini selepas tiga kali mencuba memenangi Ratu Filipina.
Sumber: kualalumpurpost.net
0 comments:
Post a Comment