MENGHARAP DIPIMPIN TANGAN COMEL YANG DIHAYUN DALAM BUAIAN SUATU KETIKA DULU
Bersama saya dalam bilik wad kelas 1 ada 3 orang tua belaka. Seorang darinya bukan pesara tetapi masuk ke wad ini atas dasar anaknya pegawai kerajaan. Dalam perbualan kami, dia begitu seronok bercerita mengenai kejayaan anak anaknya. Dia berpuashati dengan pencapaian mereka dan berjawatan besar.
Petang itu dia diberitahu boleh keluar hospital. Seronoknya bukan main. Segera dimaklum kepada seseorang, mungkin anaknya untuk menjemputnya balik. Proses keluar hospital memang lama. Sementara menunggu anaknya datang, kami bersembang. Bila misi menyerah surat keluar hospital, dan surat ambil ubat, anaknya belum juga muncul. Mungkin sibuk, maklumlah orang penting. Hampir sejam menunggu, tetiba muncul seorang lelaki dipintu bilik dan menyebut nama orang tua itu. Saya sangkakan anaknya, tetapi bila ditanya siapa dia oleh orang tua tersebut, saya terperanjat juga. Kata lelaki itu, "Saya pemandu teksi, tadi ada satu panggilan minta saya datang ambil pakcik disini oleh anak pakcik. Dia tidak dapat datang kerana sibuk."
Berubah air muka orang tua itu. Dia diam tidak berkata apa. Dia mengambil beg dan menghulur pada driver teksi tersebut dengan wajah yang redup. Ketika bersalam dengan saya dan yang lain, dia hanya berupaya menyebut mohon maaf. Di mata tuanya jelas tergenang air mata. Pemandu teksi itu menjinjing beg dan sebelah kanan memegang tangan lelaki tua itu melangkah bagai anak kecil bertatih. Di hati lelaki tua ini tentu mengharap yg memimpinnya berjalan ialah tangan comel yang dihayun dalam buaian puluhan tahun lalu, bukan tangan pemandu teksi. Saya mengekori mereka ke pintu bilik dan hilang di selekoh menuju lif.
Kegembiraaan dapat keluar hospital bagai hilang disambar sewah bila yang muncul adalah pemandu teksi, sedangkan yang diharap anak atau cucu yg bergembira menyambutnya pulang. Kekecewaannya jelas terbayang, apalagi bila mengenang dia bercerita kehebatan pencapaian anaknya. Sesibuk mana kita, sepenting mana tugas kita, ingatlah, ayah tidak pernah gagal menjemput anaknya dari tadika, dari sekolah rendah dulu, tidak kira hujan panas, tidak kira sesibuk mana. Tugas lain ditangguh kerana menghantar dan mengambil anak disekolah tiap hari,tetapi kita jangan gagal menjemput ibu ayah yang kembali dari hospital, dari perjalanan, dari klinik, dari majlis kerana itu hanya berlaku sekali sekala sedangkan bertahun mereka berulang ke tadika dan sekolah rendah tanpa gagal.
Semua orang akan setuju bahawa bila bercerita mengenai kejayaan anak, semua ayah akan berbangga dgn anaknya dari berbagai aspek. Janganlah dihampakan sanjungan ini dgn sesuatu yg mengecewakan. Sesungguhnya setiap ibuayah yg tua tidak sangat mengharap kemewahan hidup tetapi mengharap kasih sayang anak dibalas seperti mereka mengasihi dan membela mereka waktu kecil. Bukan driver menjemput yg diharap, tetapi anak atau cucu, walaupun driver teksi boleh membawanya balik tetapi jika anak yg membawanya, itu lebih diharapkan.Ingatlah jika seluruh isi dunia ini, kemewahan yg dimiliki nak ditukar dg harapan seorang ayah dan kegembiraaannya , walaupun hanya sekedar menjemputnya balik,tidak akan sama nilanya. Satu gurisan tajam pada hatinya, tiada dpt ditukar walau dgn seluruh harta yg kita miliki.
Bila menyentuh hal ibu bapa, jangan pandang ringan, jangan buat mudah, walau perkara remeh. Bila hati mereka tersentuh, memang pun mudah tersentuh ketika usia senja ini, kesannya berat. Dalam quran Allah menyebut 'jangan kamu berkata uuh!' dalam maksud menolak permintaan mereka, seolah perintah taat kpd permintaaan ibubapa adalah mandatory, tidak ada pilihan. Jika adapun hanya satu iaitu mohonlah maaf. Jangan memandai menunai permintaan mereka secara yg mereka tidak sukai walaupun kita nampak hebat. Ibubapa lebih sukakan sentuhan anak, memimpinnya, membawanya dari sentuhan orang lain. Ibubapa mungkin lebih mengharap anak yg menyuapkan seperti dulu mereka menyuapkan, dari bibik atau misi yg menyuapkan.
Apa yg saya nak sebut disini ialah bila hal berhubung ibubapa, kita tidak elok mengguna wakil, pekerja, pesuruh, tunaikan sendiri walau sesusah mana. Kemewahan tidak dapat mengganti apa yg diharap oleh ibu dan ayah kpd seorang anak, walaupun kekadang ibu bapa seperti redo tetapi jauh dihatinya tuhan yg mengetahui. Berhentilah memberi alasan. - abdghaniharon
0 comments:
Post a Comment